Monday, January 3, 2011

Bagaimana keadaan kita?

Tempat baru..seketika menghantarkan angah ke taska barunya, membuatkan diri ini berfikir sejenak.."permulaan ditempat baru agak kekok dan sukar..dah lama nanti ok lah tu"..kemudian meneruskan tanggungjawab menghantar khadeejah satu2nya puteri kecilku ke taskanya pula..disana..1 persoalan kembali bersarang di minda..dari jauh kedengaran suara anak2 sahabat sebayanya menangis..hmm..mengapa pula? gara-gara kelompok toddler sebayanya diasingkan ke sebuah rumah yang disewa khas sbg taska utk baby dan ank2 1 tahun..semuanya terpinga2 seakan hairan..kerana tidak pernah ke sana. ku perhatikan, mereka berdiri dihadapan pintu taska..ada yg menangis, ada yang terdiam tidak tahu ke mana hndk memulakan langkah..dan ada juga yang langsung xmahu masuk..

Namun..bukan itu yang difikirkan..
tergerak hati memikirkan keadaan kita di akhirat kelak..bagaimana ye, keadaannya? disuatu tempat yang tidak pernah kita tuju..tiada ibu tiada ayah, tiada keluarga mahupun saudara mara..Allah..takutnya memikirkan saat dan tika itu..hanya amalan yg dpt membantu..ku ceritakan pd suami..kisah taska..responsnya:"hmm..samalah keadaannya bila kita diakhirat nanti..xtau nak kemana, bangkit dalam keadaan yang terpinga2..namun amalan sunnah kita boleh membantu memohon syafaat baginda SAW"..terima kasih habibi, atas segala nasihat dan didikan mu..mg redha Allah memayungi kita sekeluarga.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Zan,
    tahniah Zan artikel ni memang terbaik la...korelasi antara budak taska dgn kehidupan kebangkitan kelak memang cantik sgt,sangat signifikan.
    teruskan berkarya Zan!!

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam
    terima kasih..
    hnya perkongsian ringkas untuk renungan bersama

    ReplyDelete