Thursday, December 30, 2010

tawakkal

Alhamdulillah..
jutaan kesyukuran kurafa'kan buatNYA. Msh dipanjangkan usia dan dikurniakan kesempatan dan kesihatan olehNYA.

Tawakkal..suatu perkara yang seringkali kita sebutkan. tp sejauhmana agaknya tahap tawakkal kita padaNYa..hurm.. kebanyakan dari kita bertawakkal selepas segala usaha kita lakukan. tp rupanya..tawakkal sep atutnya bermula sebelum, semasa dan selepas kita mengusahakan sesuatu. Allahh..maha luasnya kekuasaanMU.

Ada pula yang menggunakan perkataan tawakkal dengan semata2 menyerah bulat2 kepada Allah taala sedang mereka berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Itu bukan konsep sebenar tawakkal tetapi...lebih sesuai dikatakan malass..

Jika ditinjau dari sudut individu sebagai pelajar, apa yang patut dilaksanakan ialah tanggungjawab menuntut ilmu. mmg bnr, menuntut ilmu bukan mudah dan kerana itu juga menuntut ilmu adalah satu jihad..namun biar kena dengan nawaitu nya. ramai yang bila ditanya kenapa menyambung pengajian? jawapannya lebih bermatlamat kepada "prospek kerja"..nampaknya seperti kerja sebagai matlamat utama. sayang..kan? alangkah baik dan mulianya jika diperbetulkan tekad dan niat menuntut ilmu kerana ingin meneroka ilmu yang luas atas suruhan Allah. ganjarannya bukan sahaja ilmu diperolehi, tetapi keberkatan serta pahala jihad mengiringi..insyaAllah.

duhai pljr,,kita x suruh bertawakkal shj dengan berpeluk tubuh tanpa berusaha. kita boleh merancang dan mlkasanakannya namun semuanya dengan izin Allah. kerana itu perlunya konsep tawakkal dan redha. lebih mudah berkata..namun perlaksanaannya agak sukar,bukan? tp x mustahil utk melaksanakannya..apa yang penting..cuba didik hati kita..sama2 kita muhasabah dan perbetulkan diri..insyaAllah bi izniLLAH, segalanya mungkin.

Saturday, December 25, 2010

pakaian wanita: dimana silapnya??

berkisah tentang pakaian dan gaya pemakaian muslimah hari ini yg kononnya mahu tampil bergaya dan up-to-date,membuatkan kita seakan setuju dan terlupa dengan ciri sebenar pakaian muslimah sebagaimana firman Allah yang dijelaskan terperinci dalam surah an-Nur.

Justeru, mari kita renung bersama di mana silapnya fesyen yg digayakan sebahagian besar muslimah hari ini...utk lbih mudah difahami, apa kata kita teliti dan renungkan lampiran gambar yg disediakan

Capitalism

Kemajuan ekonomi sesebuah Negara menjadi indicator pembangunan dan kehebatan sesebuah Negara. Oleh kerana itu, setiap Negara mencari inisiatif dan berdaya saing yang tinggi untuk menjadikan Negara yang didiami sebagai sebuah negara maju. Malahan Negara-negara maju juga semakin giat meningkatkan usaha dan mencuba berbagai-bagai cara menjana minda kreatif dan berinovasi untuk memastikan Negara mereka tetap unggul dan mendepani Negara lain dalam menempuh globalisasi dunia. Kemajuan dunia globalisasi sering dikaitkan dengan sistem ekonomi kapitalis.

Istilah kapitalis berasal dari perkataan “capital” yang membawa maksud modal. Ilmu ekonomi berdasarkan ideology Kapitalisme yang dipelopori oleh Adam Smith ditakrifkan sebagai ilmu yang memfokuskan pencapaian materialistic dan keuntungan yang menghasilkan pengumpulan kekayaan (Hussein Salamon,2006). Konsep ekonomi kapitalis ini diperkenalkan oleh beliau dalam bukunya “Wealth Of Nations” Selain itu, kapitalisme juga ditakrifkan sebagai sistem yang memberi kebebasan kepada individu untuk mengumpul dan mengembangkan hartanya ( Harris, William H. and Judith S.L, 1975) Secara umumnya Syeikh yusuf al-qardhawi menyatakan bahawa kapitalisme dpt difahami sebagai suatu sistem yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu untuk mengumpul kekayaan tanpa syarat. Melalui sistem ini seseorang berhak mengembangkan serta menjana kekayaan sebanyak mungkin walaupun dengan melakukan penindasan terhadap orang lain. Oleh itu, sistem kapitalis menyumbang kepada implikasi yang buruk seperti sifat tamak dan ghairah dalam mengumpul harta kekayaan serta memungkinkan timbulnya kebencian terhadap agama.

Ciri-ciri sistem kapitalisme paling jelas dapat dilihat melalui sistem perbankan konvensional yang mengamalkan konsep riba. Perkara yang sama juga berlaku dalam pemasaran dan penghasilan barangan yang dijana di bawah sistem ekonomi kapitalis. Penguasaan dalam bidang politik dan ekonomi bergantung kepada pemilikan modal individu. Semakin besarnya penguasaan modal seseorang dalam masyarakat, menjadikannya semakin berkuasa (Sulaiman Nordin, 1995). Justeru, monopoli menjadi amalan mereka. Ini akhirnya akan menindas pesaing lain yang lebih kecil penguasaan modal dan mewujudkan jurang perbezaan pendapat yang sangat jauh. Kapitalis juga melihat kemajuan sebagai suatu usaha mengaut keuntungan untuk kepentingan diri sendiri tanpa campur tangan dari kerajaan (Ahmad shukri Mohd Nain, Rosman Md Yusoff).

Kapitalis berpendapat bahawa sistem yang didokong mereka adalah sangat baik berdasarkan kepada kaedah pemilikan asset yang menjadi hak milik mutlak individu, pasaran bebas yang menjadi amalan aktiviti ekonominya dan dasar perlaksanaan ekonomi yang mengutamakan keuntungan maksimum dengan meminimumkan kos pengeluaran (Ahmad shukri Mohd Nain, Rosman Md Yusoff).

Walau bagaimanapun, wujud beberapa kritikan terhadap kapitalisme. Di antaranya ialah pemisahan yang jelas di antara aspek material dan moral atau kerohanian. Kapitalis ghairah mengaut keuntungan tanpa mempedulikan kebajikan masyarakat, sikap individualistic menebal dalam kalangan kapitalis. Apa yang penting kepada mereka ialah memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos. Selain itu, sistem kapitalisme juga menyebabkan ketidaksembangan dalam pengagihan sumber kekayaan. (Hussein Salamon,2006) Hanya sebahagian kecil masyarakat sahaja yang maju sedangkan sebahagian besar yang lain ditindas. Monopoli perniagaan menindas masyarakat, akibatnya yang kaya semakin kaya manakala yang miskin terus menderita tanpa pembelaan dari sesiapa. Sistem ini hanya membahagikan masyarakat kepada dua golongan sahaja iaitu golongan kaya dan golongan fakir ( Abul a’la al-maududi, 1984) Kritikan terhadap ideology kapitalisme ini kemudian melahirkan ideology sosialisme dan komunisme. Walau bagaimanapun kedua-dua sistem ini bukanlah alternative terbaik untuk menggantikan sistem kapitalisme.

Sebagai kesimpulannya, tiada sistem ekonomi yang lebih baik dan adil selain sistem ekonomi Islam. Pengharaman terhadap penindasan, monopoli, riba, penipuan dan semua perkara lain yang bercanggah dengan nilai akhlak dan maslahah masyarakat umum menjadi dasar perjuangan kepada sistem ekonomi yang sejagat ini (al-Qardhawi Yusuf).

Thursday, December 23, 2010

wanita n aurat

Alangkah mulianya wanita dari kacamata Islam,wahai ukhti seagamaku.. Syariat pnutupan aurat jika dikaji, sangat indah. banyak hikmah terselindung disebaliknya. Setiap yg berharga itu perlu dijaga dan disimpan sebaiknya, begitu jg dengan aurat wnita.Mesti dijaga dan dipelihara sebaiknya. Renungi dan fahamilah..dek krn ianya begitu berharga, maka hanya orang tertentu dan istimewa sj yang layak melihatnya.

Aurat dari segi bahasa ialah kekurangan (Wahbah al-Zuhaili). Dari segi syarak aurat bererti setiap anggota yang diharamkan oleh Allah untuk didedah atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya (Rokiah Ahmad).


Manakala definisi aurat yang telah diberikan oleh ulama ialah bahagian anggota badan yang wajib ditutup secara ijmak ulama ketika bersolat, sama ada pada bahagian hadapan atau belakang, bagi lelaki atau perempuan (Sayyid Sabiq). Aurat juga difahami sebagai semua bahagian tubuh yang tidak boleh diperlihatkan (Yusuf al-Qardhawi). Selain it,aurat juga sesuatu yang tidak dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi, atau sebaliknya (Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin, 2004).


Dalam tatacara ilmu fiqh, perkataan aurat difahami mengikut penafsiran yang dibuat dari surah al-Nur, ayat 31 dan 58 yang bererti sebahagian anggota tubuh manusia yang pada pandangan umum dianggap buruk atau malu bila diperhatikan dan bila dibiarkan terbuka mungkin boleh menimbulkan fitnah seksual (K.H Hussein Muhammad).


Oleh yang demikian, apabila dikatakan menutup aurat bermaksud menutupi pandangan manusia, jin dan malaikat. Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia. Hal itu terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a. Beliau pernah meminta kepada Rasulullah s.a.w supaya memberitahunya apabila Malaikat Jibril datang menemui Baginda. Maka setelah Jibril hadir, Baginda s.a.w. memaklumkan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka kerudungnya kerana ingin tahu. Ketika kerudungnya terbuka, Rasulullah mengatakan: “Malaikat sudah pergi”. Maka tahulah Aisyah r.a bahawa yang datang itu adalah malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita yang terbuka auratnya (Muhammad Athiyah Khumais, 2006).

Sunday, December 19, 2010

Duhai syabab..

Kemakmuran negara yang dikecapi hari ini merupakan nikmat terbesar kurniaan Tuhan yang patut disyukuri. Namun tidak dinafikan usaha yang dimainkan dalam membangunkan negara juga merupakan faktor kejayaan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. Justeru, kehebatan pimpinan hari ini sewajarnya dicontohi oleh golongan remaja yang merupakan pewaris serta pelapis tampuk kepimpinan di masa akan datang. Sebagai persediaan ke arah membangunkan negara bagi generasi akan datang, maka peranan serta tanggungjawab perlulah dipupuk dan disemai mulai dari sekarang sama ada dari sudut intelektual, emosi, sosial serta rohaninya. Natijah dari gabungan keseimbangan semua ini akan menghasilkan remaja yang seimbang serta mampu mendepani berbagai cabaran dalam membangunkan negara suatu hari nanti.
Namun kita seringkali dikejutkan dengan paparan berita keruntuhan akhlak dan gejala sosial remaja yang makin hari makin berleluasa. Pergaulan bebas, pembuangan bayi, pencabulan, penagihan dadah dan sebagainya menunjukkan berlakunya kepincangan dalaman remaja. Fokus perbincangan di sini adalah penyalahgunaan dadah. Peningkatan masalah ini saban tahun membimbangkan dan isu ini menimbulkan beberapa persoalan, di antaranya apakah punca sebenar yang mendorong kepada berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Masalah penagihan dadah tidak boleh dipandang ringan, Ini kerana sejumlah besar daripada penagih di Malaysia terdiri dari golongan remaja dan belia (Samsuddin A.Rahim 2007). Merujuk kepada perangkaan yang dinyatakan oleh “Abd Bakir Zin selaku Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), jumlah penagih dadah sehingga tahun 2010 mencatat 40,247 orang. Ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2008 iaitu seramai 12,500”. (mstar online,12 februari 2010). Lebih malang lagi apabila bilangan remaja yang terlibat dalam penagihan dadah juga mencatatkan angka yang tinggi. Justeru, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendung masalah ini dari terus berleluasa.

Terdapat beberapa faktor yang seringkali dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Di antara faktor dominan yang sering diutarakan dalam mana-mana perbincangan akademik adalah keluarga dan rakan sebaya. Faktor-faktor tersebut dikatakan pendorong dan penyebab utama remaja bertindak untuk mengambil dadah.

Betapa peranan ibu bapa dalam keluarga sangat penting. Ini kerana usaha awal dalam mendidik generasi muda adalah bermula dari rumah. Disini ingin disarankan agar Islam di ambil sebagai pendekatan dalam menangani permasalahan dadah yang saban tahun kian meruncing.
Jika dianalisa dari perspektif Islam, ibu bapa sangat berperanan dalam memupuk kasih sayang terhadap anak-anak. Ini kerana Baginda SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, bahawa “tidak akan dikasihi barang siapa yang tidak mengasihi”. Justeru, kasih sayang penting untuk mengelakkan gejala sosial. Anak-anak yang dikasihi dan mendapat perhatian ibu bapa tidak akan sanggup menghampakan dan memusnahkan harapan orang tuanya dengan melakukan perbuatan menagih dadah. Sebagaimana pernyataan Amir Mohd Nor & Zambri Kambari, (2005) yang menyatakan bahawa memperkukuh serta mencurahkan kasih sayang antara anak-anak secara adil juga boleh menjadi benteng kepada anak-anak remaja daripada terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mentarbiah anak-anak. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih daripada dosa, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. Anak-anak itu amanah Allah, maka setiap amanah yang diberikan akan disoal kelak. Ibu bapa bertanggungjawab memberikan didikan agama secukupnya meliputi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kepada anak-anak. Anak-anak yang pegangan akidahnya mantap tidak mudah terjebak ke dalam kancah penagihan dadah. Ini kerana mereka tahu bahawa mereka wajib menjaga diri mereka daripada perkara-perkara yang merosakkan diri, mereka juga tahu bahawa mengambil dadah haram disisi Islam. Mereka tidak akan sekali-kali mengambil dadah kerana ianya adalah larangan Allah. Keyakinan terhadap adanya hari pembalasan, syurga dan neraka menambahkan ketaatan mereka kepada Allah dan menjauhi segala laranganNYA.
Selain daripada itu, Islam juga telah menggariskan perkara ibadah dan perkara maksiat. Oleh itu, menjadi tugas ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang apa yang dikatakan ibadah dan apa yang dikatakan maksiat supaya anak dapat membezakan adakah dadah itu suatu perkara ibadah atau perkara maksiat kepada Allah. Natijahnya anak-anak mampu membezakan di antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk serta menjauhinya.
Pendekatan Islam juga mengajar ummatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi. Sebaik-baik tempat pengharapan dan tempat memohon pertolongan adalah hanya kepada Alah. Jadi, anak remaja yang didedahkan dengan ilmu agama yang mantap tidak akan memandang konflik yang berlaku sebagai suatu perkara yang negatif dan menyelesaikannnya dengan cara yang negatif, tetapi mereka akan mendekatkan diri memohon doa dan bermunajat kepada Allah untuk memberikan hidayah dan menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah atau konflik yang dihadapi. Hasilnya jiwa remaja-remaja ini akan tenang dan tabah menempuh dugaan dan ujian Allah serta mereka juga bebas dari terlibat dengan penagihan dadah.

Dalam aspek pemilihan rakan pula, telah ada garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Bagaimana untuk memilih rakan dan kriteria-kriteria yang perlu ada sebagai seorang rakan semuanya telah termaktub dalam syariat Islam. Islam menekankan pemilihan rakan/sahabat yang baik akhlaknya. Ini kerana seorang sahabat mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap sahabatnya di antaranya nasihat menasihati dalam perkara kebaikan, mengingatkan sahabat yang leka dan sentiasa mengajak sahabatnya mendekatkan diri kepada Allah. Oleh kerana itu, sahabat sebegini tidak akan sama sekali mengajak rakannya melakukan perkara yang dimurkai Allah seperti penagihan dadah, bahkan dia akan mengingatkan rakannya tentang dosa serta azab yang akan ditanggung sekiranya melanggar perintah Allah. Sahabat sebegini juga akan sentiasa menyeru rakannya kepada kebaikan, hanya pengaruh yang baik sahaja yang disebarkan.

Justeru Islam dilihat sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terbaik dalam menangani apa jua permasalahan kerana sifat Islam itu sendiri adalah agama universal yang selamat dengan utusan yang membawa rahmat ke seluruh alam. Pendekatan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan akan melahirkan remaja yang hebat, bukan sahaja dari sudut inteleknya tetapi juga spiritual serta moral dan akhlaknya.

Saturday, December 18, 2010

Tiada apa milik kita

Seringkali insan terleka dengan nikmat kurniaan Yang Maha Esa.Segala harta kekayaan yang diperolehi dianggap semuanya milik mutlaknya,ada pula yang mula menunjukkan kehebatan masing-masing. kononnya semua harta yang dimiliki adalah semuanya dengan asbab usahanya yang bersungguh-sungguh tanpa ada kaitan dengan sesiapa, namun sebenarnya ia lupa bahawa kesemuanya hanya kerana dengan izin Allah SWT. Dek kerana itu, wujud sifat "keakuan"

dalam diri. semuanya aku..aku dan aku sahaja. hanya aku...penyebab wujudnya keangkuhan diri. na'uzubiLLah..Ada pula yang tak sudah-sudah bersaing menunjukkan kehebatan dan kelebihan harta yang ada..tak kurang juga yang renggang hubunganny dengan jiran tetangga. semuanya kerana merasakan tingginya taraf kekayaan, ilmu yang penuh di dada (kata mereka)walhal semuanya itu bukan menarik perhatian Allah...apa yang membezakan manusia hanyalah iman dan amal taqwa semata ya akhi..juga pesanan untuk diri sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah sebegini..kerana tidak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada sifat angkuh/sombong walaupun sekadar biji sawi saiznya.

Suamiku selalu berpesan,"tiada apa milik kita, semuanya milik Allah...". Memang benar..semua milik Allah hatta diri kita sendiri pun bukan milik kita, hanya pinjaman semata. kita hanya hamba yang terlalu banyak berhutang kepadaNYA. Jika direnung kembali semua kurniaanNYA..apa yang mampu kita balas? tiada apa..cuma mampu mengabdikan diri padaNya sebagai tanda kesyukuran yang tak terhingga. Tapi..sejauhmana pula pengabdian kita padanya??
Kesibukan urusan dunia tak pernah habis..hinggakan masa yang kita peruntukkan untuk bermunajat dan berkata-kata dengan Allah sangat terhad. Risaunya bila memikikan kealpaan diri..justeru, segalanya memerlukan strategi supaya masa bekerja juga kita tidak leka dari mengingatiNYA. Tersirat hikmah zikrullah di sebalik semua ini. Perkara yang paling mudah diucap tetapi sangat sukar untuk dilakukan,Allahu Akbar..mudah2an kita semua dipermudahkan dan diringankan lidah untuk sentiasa berzikir mengingatiNYA walau dalam apa jua keadaan..sihat mahupun sakit, lapang mahupun sibuk, sush mahupun senang.. supaya hati ini senang dididik dan dikurniakan hidayah olehNYA demi menggarap redhaNYA..Amiin

Friday, December 17, 2010

Rintihan faqirMU

Ilahi..
tersentuh hatiku menyebut namaMU
besarnya kekuasaanMU meliputi seluruh 'alam nyata mahupun yg ghaib
tersangat luasnya rahmatMU dan kasih sygMu..
Limpahan AR-Rahman AR-Rahim kepada semua makhlukMU
walau setia mahupun engkar...

Kerdilnya hambaMu ini Ya Malik
Hinanya diri ini Ya 'Aziz
mengharap redha dan maghfirahMU..

Menghitung amalan yg tidak seberapa..
berbanding nikmat kurniaanMU yang sngat banyak
Layakkah diri ini menuju syurgaMU YA QUDDUS..
Sayu hati ini Ya Allah..
Memuhasabah dan menghisab diri...
Banyaknya dosa menelusuri denai kehidupan
terkadang alpa dengan nikmatMu, terkadang lalai dari mengingatiMu
Malunya aku pdMU YA RAHIM..

Ya Allah..
Ampuni segala dosa hambaMU ini..
al-khauf dan raja' hanya sanya pdMU..
HambaMU ini mengharap redha dan maghfirahMU
Tetapkan imanku YA MUQALLIBAL QULUB
thabbit qalbi 'ala diinika wa tho'atika...
Pimpinlah hati ini menuju maghfirahMU...
Hanya pdMU YA ALLAH..

anak-anak dan keluarga amanah ALLAH

sharing is caring..itu tujuan nya notes ini ditulis,,tanda kasih sayang sesama manusia...jg sebagai medium dakwah..sedaya mana yang termampu

sekadang renungan untuk memuhasabah diri ini dan juga shbt2 yg ku kasihi kerana Allah..
"Anak2 dan isteri adalah amanah Allah" apa agaknya maksud pernyataan itu? bunyinya seperti tanggungjawab dan peranan seorang suami,kan ? :)

hurm..mgkin ramai yang bersetuju..
tapi kaedah perlaksanaannya bagaimana ye? semua merasakan sudah melakukan yang terbaik utk keluarga masing2..mgkin ada yang berkata :" ya..mmg aku sdh melakukan yang terbaik! aku memenuhi segala kehendak dan keperluan mereka"..mungkin jg ada yg berkata:" aku yang terbaik krn tidak mengongkong mereka..ank isteri bebas melakukan apa shj..pakai tudung atau tidak aku x kisah, janji mrka bahagia"...dan ada jg yang berkata: " aku cuba jadi yang terbaik untuk melaksanakan amanah Allah ini..aku tidak memberikan kebebasan kepada keluargaku melainkan dengan kadar yang sederhana, aku mentarbiah ank isteri menurut apa yang disyariatkan, aku tidak memenuhi semua kehendak mereka melainkan pada kadar yang di benarkan dlm Islam"....agknya..mn 1 jwpn yng tepat ya? sama2 kita fikirkan

Sekian lama jg memerhatikan gelagat dan ragam manusia..hati ini terpanggil utk menggunakan medium ini sebagai tmpt berkongsi idea dan jg medium dakwah.terfikir jg bilakah agaknya diri ini hendak mempraktikkan sabda Baginda SAW :
"بلغوا عني ولو آية ?
Akhirnya...jari jemari ini bergerak dengan nekad yang 1 iaitu menunaikan 1 sabda baginda itu..

Wahai diri ini dan smua shbt2ku..
mari kita memuhasabah diri.. tanggungjawab sbg suami itu bagaimana sbnrnya? kadangkala bila diteliti.. sudah banyak basic agama yang kita pelajari sejak di sekolah rendah lagi..tapi,,semua itu hanya sekadar dipelajari tanpa apa2 tindakan untuk mempraktikkannya.. kita tahu apa tggungjawb bila berkeluarga..tapi agak sedih jg hati ini bila melihat suami2 yang membiarkan isteri mempamerkan kecantikan (tidak menutup aurat) untuk tatapan umum...bila difikirkan kembali...septtnya itu tggjwb suami menegur, menasihati, membimbing ank isteri menuju mardhatiLLAH..

Allahu Akbar...
agaknya sggupkah kita menanggung dosa atas apa yg dilakukan oleh tanggungan kita? bagaimana pula mahu menjawab persoalan mungkar n nakir nanti? sudah tentu tidak sggup..kn...bebaskah agaknya kita dari dosa sendiri? bagaimana pula jika dosa sdiri pun sdh menimbun ditambah pula dgn dosa yg dilakukan oleh tanggung kita...semuanya ditanggung oleh kita dek kerana sikap kita yang tidak melaksanakan tggungjwb menegur, menasihat dan membimbing mereka..? Allahhhh...na'uzubillah...

Shbtmu ini hanya mampu mengutarakan persoalan untuk difikirkan bersama, direnung dan dicernakan sebaiknya..dgn harapan mg ianya membawa kepada perubahan diri kita dalam menelusuri sisa2 kehidupan menuju mardhaTILLAH...
WALLAHU 'ALAM...

Kalam iftitah

Alhamdulillah..dikurniakan ruang dan peluang oleh RABB yang Maha Kuasa untuk memulakan lembaran baru hari ini 11 Muharram 1431h. Maha luas kekuasaanNYA dan limpahan kasih sayangNYA ke atas seluruh makhluk di muka bumi tidak pernah terleka dari mendapat rahmat dan kasih sayangNYA.


Muharram, bulan pertama dalam bulan-bulan Islam. Semoga lembaran tahun baru hijrah ini bukan sahaja mencetuskan azam baru buat kita semua, bahkan azam itu diaplikasikan dalam urusan kehidupan mengikut landasan yang dibenarkan syariat.