Thursday, November 7, 2013

Susu Ibu Anugerah teristimewa untuk setiap anak

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)



Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
Wallahu’alam….

kredit to: HasnulHadiAhmad.Com

Klinik FB Dr Zubaidi
MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).

Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.

Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sj√∂quist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634–R640, 1995)

Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.

Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormone ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.

Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331–370, 1991).

Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.
mari sama-sama terokai apa lagi info berkenaan susu ibu, manfaat dan anugerah dari Allah...klik link utk video

http://dai.ly/x13yboe/137734 

Nikmatnya bergelar "UMMI"

Alhamdulillah..

Segala puji-pujian dan kesyukuran selayaknya hanya bagi ALLAH..

Kurniaan nikmat, hidayah, iman dan taqwa yang tidak terhingga, sehingga kita semua hari ini bergelar insan soleh, muslim yang mukmin..in shaa Allah.

Ingin ku kongsikan beberapa pengalaman dalam hidup bergelar seorang Ummi kepada 4 orang cahayamata yang ada...beserta 3org cahayamata yang bukan menjadi milikku, hanya menumpang sedetik cuma dalam rahim ini..

Indahnya bergelar Ummi..
saat diri membawa amanah nyawa kecil dalam rahim yang sempit dan gelap. Pengalaman mengandungkan cahayamata tercinta adalah saat-saat indah yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang hayat insan bergelar ummi. setiap gerak dirasai, dihitung dan didoakan utk kesejahteraannya..walau diri insan bergelar ummi penat, sakit serta melalui segala kepayahan dan kesukaran sepanjang 40minggu mengendongkan insan d dalam rahim yang kian membesar. Namun hati ummi penuh bunga-bunga cinta dan kasih utk insan kerdil didalam rahimnya..semuanya sifat kurniaan Allah Yang Maha Esa.

Detik demi detik dilalui dengan ketabahan..dijaga seluruh pemakanan, agar apa yang diambilnya memberi manfaat kepada insan kecil dalam tubuhnya. diatur langkahnya dengan penuh berhati-hati semata-mata utk keselamatan insan kerdil dalam rahimnya.. walau sukar melelapkan mata saban malam dek kerana tendangan manja si kecil, walau seluruh badannya sakit, walau perit menanggung derita kesakitan rahim yang kian meregang dan membesar..namun insan bergelar ummi tetap tabah.
Semuanya hanya dilalui oleh insan yang bergelar ummi....


Tiba saat insan kerdil melonjak2 mencari jalan menuju alam dunia..insan bergelar ummi menahan jutaan kesakitan yang amat sangat, sepenuh nyawanya dipertarungkan demi memastikan insan kerdil berupaya melihat alam dunia..beratus2 urat terputus, menanggung luka dan kesakitan melahirkan insan bergelar cahaya mata..justeru, ketahuilah duhai insan bergelar anak sekalian, tiada insan yang lebih kasih, lebih bimbang, lebih menyayangimu sebagaimana insan bergelar Ummi terhadapmu. Kasihi dan hormatilah dia selaras dengan perintah Rabb mu yang Maha Mulia.

Teringat daku tika melahirkan puteriku yg paling kecil tanggal 1syawal 1434hijrah bersamaan 8.8.13 jam 3.21pm. Bayi seberat 3.4kg itu selamat dilahirnya sedang ummi tidak sempat menjamu selera dgn juadah eidulfitr...namun berbekalkan tamar ajwah dan air zam-zam dari bumi mulia Makkah al-Mukarramah..ummi alasi perut mengharap tenaga kurniaan Ilahi..alhamdulillah kelahiranmu agak mudah,kerana ummi yakin..tiada yang mampu membantu ummi berjuang melahirkanmu melainkan hanya Dia..dengan yakin akan janjinya bahawa ummi sentiasa dalam lindungan dan perhatianNya,,maka lahirkan puteri comel dgn selamat dan sempurna melihat dunia yang penuh pancaroba dan mehnah ini..




Doa ummi agar anak2 cahaya mata serta permata hati ummi sentiasa dalam rahmat kasih sayang Ilahi sebagaimana kalian di alam rahim suatu ketika dahulu..aamiin



Mengintai ke alam kasih sayang Rabbul Jalil

3D ULTRASOUND

SUBHANALLAH..

Maha Suci Allah yang menciptakan hamba2nya dari setitis air mani yang hina yang dipancarkan ke dalam rahim wanita bergelar ibu, dijaga dibentuk dan dilindungi dengan penuh Rahman dan RahimNya..dari segumpal darah hingga terciptanya suatu makhluk yang dimuliakan dgn kurniaan akal bergelar Insan. Tiada yang lebih Agung melainkan Dia..sesungguhnya Dialah sebaik2 pencipta.

Selama 9bulan 10hari dalam rahim ibu, insan kerdil ini hidup dgn segala qudrat dan IradatNya. Tiada keluh kesah, tiada kebimbangan, tiada kerunsingan..kerana semuaNya dalam urusan dan tadbiran yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Setiap denyut jantung berdetak dengan QudratNya,,segala hela nafas dalam penguasaanNya, segala gerak balas jua dengan keizinan tidak lain tidak bukan dengan izin yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Indahnya alam penuh Rahman dan Rahim


Dijaga dibela pada zahirnya seperti dalam jagaan ibu, namun hakikatnya semuanya dalam penguasaan Allah..sedang ibu sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaan janin dalam kandungannya. Namun usah bimbang,,kerana ADA yang menjaganya..

Indahnya alam Rahim..
suatu alam yang sememangnya telah kita semua lalui tanpa dapat mengulangi detik indah bergelar janin yang penuh dengan lindungan Allah 'azza wa jalla..

Terima kasih Allah atas anugerah ini..

Indahnya bertauhid



Knowledge Sharing

Nafi dan isbat
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu

Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya

Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu

Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu

Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah…