Saturday, January 29, 2011

Tazkiah an-nafs

AlhamduliLLAH
nahmaduhu wanasta'iinhu wa nastaghfiruh..

Insan..
seringkali leka dan lalai..kn? sekadar berkongsi ilmu,
seketika membelek buku2 koleksiku..ku tarik sebuah buku brjudul"penawar hatiku" ..mata sibuk scanning chapter by chapter.tetiba terhenti disebuah subtopic yg membuatkan ku ulg2 baca...pengisian sbgmna berikut:

kubur setiap hari menyeru manusia:
- aku rumah yg terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca al-quran
- aku rumah yang gelap maka terangi aku dengan selalu sembahyang malam (tahajjud)
- aku rumah yang penuh dgn tanah dan debu maka bawalah amal soleh sebagai hamparan
-aku rumah yang penuh dengan ular berbisa, maka bawalah amalan bismillahir rahmanirrahim sbg penawar
- aku rumah pertanyaan munkar dan nakir maka bykkan lah amalan bacaan la ilaha illALLAH Muhammadur rasulullah spy kamu dpt jawapan kepadanya

mg petikan ini di"digest" sebaiknya dan diamalkan sbg bekalan kita semua..selamat beribadah

Friday, January 7, 2011

If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses

Kesibukan bermula stiap kali bermulanya semester baru..alhamdulillah, mg dengan bermulanya semester baru bertambah keazaman dan tekad untuk menimba ilmu.

Pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian tak dapat dinafikan. pernah juga ku renung, mengapa manusia berlumba-lumba mengejar ilmu walau diri di mamah usia? mereka ada target dan niat tersendiri. namun janganlah mencari ilmu diniatkan semata2 untuk kebendaan, kemewahan dan untuk tujuan meninggi diri. Tidak akan ada yang lebih hebat selain ALLAH..Justeru, sentiasa ingat dan pesan berpesan, setinggi mana pun ilmu kita, sehebat mana pun kerja, semahal mana pun gaji yang diterima dan sebijak mana pun kita..jangan sampai timbul riak dalam diri. Pernah juga ku temui manusia yang seakan bangga dengan kehebatan dan pangkat yang diterima, membuatkan dirinya merasakan dia yang terbaik dari seluruh rakan sejawat dari seluruh manusia yang lain..dek kerana itu timbul kurang hormat terhdap orang lain. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku....setiap manusia mempunyai harga diri, perlu dihormati, dihargai..justeru..jangan kita angkuh dengan ilmu yang ada. kerana...semua itu anugerah Allah, bukan sahaja dengan usaha...tapi dengan kehendak dan redhaNYA...dan DIA berhak menarik segala anugerahnya bila-bila masa sahaja.

Kuliah minggu pertama bermula dengan mood yang baik dan tenang...ada sesuatu yang menarik perhatianku disuatu kuliah petang semalam..."application of statistics in educational research" begituah bunyinya subject untuk kuliah yang ku maksudkan..amat menggerunkan,bukan? tambahan pula dengan diri ini yang ber"background" kan agama. namun..cabaran kena hadapi juga..

Permulaan kelas yang sgt menarik...mmg bgs Prof! jarang ku temui seorg prf yang sgt peramah dan open minded dgn studnt sprtnya.."If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses"..kalimah pertama yang dituturkan sebelum meneruskan kuliah..ku renung maksudnya..mmg sgt mendalam...satu persatu motivasi dilontarkan utk ank didiknya. sgt tersusun..plg melucukan..bg kami yang merasakan stat itu sukar, soalannya.."siapa yang jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuk?" masing2 menilik jari..huhu kelakar..gamat seketika. "haa..org yg jari manisnya pnjg ada kebolehan belajar matematik..." =) tersenyum kami dbuatnya. 1 lg..."siapa yang suka music?"...humm smua..jd smua berkebolehan utk mahir matematik..kemudia diteruskan dengan beberapa ujian lain..

Namun..apa yang paling menarik perhatianku..kalimah awalnya...
"If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses"
benar...tersirat peranan penting seorang pendidik untuk memotivasikan ank didiknya. Kalimah yang diucapkan ada benarnya...Sesukar mana pun sesuatu perkara, pasti ada jalan penyelesaiannya dengan syarat adanya kehendak,tawakkal dan juga usaha yang bersungguh2. mdh2an lembaran semester baru ini meningkatkan lg motivasi dan kesungguhan dalam menongkah arus dan liku demi utk meneruskan jihad ilmu..ameen ya RABB

Monday, January 3, 2011

Bagaimana keadaan kita?

Tempat baru..seketika menghantarkan angah ke taska barunya, membuatkan diri ini berfikir sejenak.."permulaan ditempat baru agak kekok dan sukar..dah lama nanti ok lah tu"..kemudian meneruskan tanggungjawab menghantar khadeejah satu2nya puteri kecilku ke taskanya pula..disana..1 persoalan kembali bersarang di minda..dari jauh kedengaran suara anak2 sahabat sebayanya menangis..hmm..mengapa pula? gara-gara kelompok toddler sebayanya diasingkan ke sebuah rumah yang disewa khas sbg taska utk baby dan ank2 1 tahun..semuanya terpinga2 seakan hairan..kerana tidak pernah ke sana. ku perhatikan, mereka berdiri dihadapan pintu taska..ada yg menangis, ada yang terdiam tidak tahu ke mana hndk memulakan langkah..dan ada juga yang langsung xmahu masuk..

Namun..bukan itu yang difikirkan..
tergerak hati memikirkan keadaan kita di akhirat kelak..bagaimana ye, keadaannya? disuatu tempat yang tidak pernah kita tuju..tiada ibu tiada ayah, tiada keluarga mahupun saudara mara..Allah..takutnya memikirkan saat dan tika itu..hanya amalan yg dpt membantu..ku ceritakan pd suami..kisah taska..responsnya:"hmm..samalah keadaannya bila kita diakhirat nanti..xtau nak kemana, bangkit dalam keadaan yang terpinga2..namun amalan sunnah kita boleh membantu memohon syafaat baginda SAW"..terima kasih habibi, atas segala nasihat dan didikan mu..mg redha Allah memayungi kita sekeluarga.

Sunday, January 2, 2011

Tanda kasih sayang Ilahi

alhamdulillah..baru sempat menjengah blog. sdh berhari2 x update krn diberi nikmat krg sihat. apapun keadaannya semuanya kurniaanNYA yang pnuh dgn hikmah tersendiri.

Bila merenung kembali hikmahnya,sgt besar. Dengan adanya sakit mengingatkan kita kepada Allah, kekuasaanNYA, kebesaranNYA, kehebatanNYA...Maha Suci Allah. Saat datangnya kesakitan, zikrullah mdh dilafazkan. Allahh..mdh2an ianya berterusan dlm apa jua keadaan, supaya hambamu ini sentiasa dekat disisimu. Datangnya sakit memberi ruang dan peluang untuk kita berehat, wpun dlm keadaan yg krg selesa. adanya sakit menguji kesabaran dan ketaqwaan hambaNya. Sejauhmana hambaNYA snggup bangun menerjakan ibadat wpun dirundung kesakitan..tersirat jihad rupanya d situ. selain menghapus barang sedikit dosa2 lampau hambaNYA. SubhanALLAH indahnya nikmat sakit, tanda kasih sayang ILAHI kpd makhluknya.

Peringatan juga bt insan bahawa mati itu boleh datang bila2 masa. menimbulkan keinsafan pada diri hamba.mmg benar dunia tempat ujian, persinggahan sementara untuk menilai kesetiaan makhluk thdp penciptaNYA. Ilahi..terentuh hati kecil ini dengan segala nikmat, rahmat dan kasih sayangmu..