Friday, December 20, 2013

AYUH HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN...SAMA-SAMA KITA BERSEDEKAH UNTUK GANJARAN AKHIRAT

SALAM UKHUWWAH buat semua pembaca setia..

ayuh sama2 kita ringankan tangan, sucikan harta dengan menderma fisabilillah..utk kebaikan dan manfaat ribath. pondok pengajian anak2 di Melaka dalam proses pembinaan dan sangat memerlukan bantuan kewangan dari kita semua untuk dana pembangunannya. setakat ini ribath ini hanya membina surau...masih banyak kemudahan lain spt asrama, keperluan pembiayaan makan minum anak2 pondok ribath dan lain2 urusan pembinaan kelas2 pengajian...

ana menyeru kepada mana2 individu, korporat atau mana insan berhati mulia untuk sama-sama menyumbang ke dalam tabung dana pembinaan pondok ini. smg sumbangan kita yang tak seberapa dinilai oleh Allah di sana nanti...ana tiada kepentingan dalam pondok tersebut, cuma ana terasa terpanggil untuk mengajak semua sama-sama menyumbang dalam pembinaannya..

kita selalu bersedekah pada anak2 jalanan yg datang minta sedekah,kan..niat mmg ikhlas nk bg mereka,cuma kadang2 agak terkilan bila semua tu ada penipuan..kali ni kita sama2 derma pada pembinaan ribath ni pula, yang memang terbukti sahih dan benar...(ana sendiri pernah pergi menziarahi keadaan anak2 ribath ini, sangat dhaif tuan-tuan...justeru ana ambil inisiatif utk war2kan khabar ini kepada semua..semoga kita semua juga memperoleh saham dalam pembinaannya...)



sejuk mata melihat anak2 ini sewaktu anak menziarahi mereka...sama2 kita bantu. Pada yang ingin menyumbang boleh terus bank in ke akaun berikut;
 MAYBANK RIBATH SYEIKHUL ARIFFIN SERVICES - 
5540 3540 8300

atau jika tuan/puan nak beli kalendar 2014 ribath ini smbil menderma, boleh contact 019-9677 326 ust badaruddin. harga rm10 sahaja satu...tapi atas dasar sumbangan utk dana,,,tuan puan digalakkan menyumbang lebih..

wallahu 'alam


Thursday, November 7, 2013

Susu Ibu Anugerah teristimewa untuk setiap anak

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)



Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
Wallahu’alam….

kredit to: HasnulHadiAhmad.Com

Klinik FB Dr Zubaidi
MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).

Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.

Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sjöquist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634–R640, 1995)

Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.

Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormone ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.

Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331–370, 1991).

Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.
mari sama-sama terokai apa lagi info berkenaan susu ibu, manfaat dan anugerah dari Allah...klik link utk video

http://dai.ly/x13yboe/137734 

Nikmatnya bergelar "UMMI"

Alhamdulillah..

Segala puji-pujian dan kesyukuran selayaknya hanya bagi ALLAH..

Kurniaan nikmat, hidayah, iman dan taqwa yang tidak terhingga, sehingga kita semua hari ini bergelar insan soleh, muslim yang mukmin..in shaa Allah.

Ingin ku kongsikan beberapa pengalaman dalam hidup bergelar seorang Ummi kepada 4 orang cahayamata yang ada...beserta 3org cahayamata yang bukan menjadi milikku, hanya menumpang sedetik cuma dalam rahim ini..

Indahnya bergelar Ummi..
saat diri membawa amanah nyawa kecil dalam rahim yang sempit dan gelap. Pengalaman mengandungkan cahayamata tercinta adalah saat-saat indah yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang hayat insan bergelar ummi. setiap gerak dirasai, dihitung dan didoakan utk kesejahteraannya..walau diri insan bergelar ummi penat, sakit serta melalui segala kepayahan dan kesukaran sepanjang 40minggu mengendongkan insan d dalam rahim yang kian membesar. Namun hati ummi penuh bunga-bunga cinta dan kasih utk insan kerdil didalam rahimnya..semuanya sifat kurniaan Allah Yang Maha Esa.

Detik demi detik dilalui dengan ketabahan..dijaga seluruh pemakanan, agar apa yang diambilnya memberi manfaat kepada insan kecil dalam tubuhnya. diatur langkahnya dengan penuh berhati-hati semata-mata utk keselamatan insan kerdil dalam rahimnya.. walau sukar melelapkan mata saban malam dek kerana tendangan manja si kecil, walau seluruh badannya sakit, walau perit menanggung derita kesakitan rahim yang kian meregang dan membesar..namun insan bergelar ummi tetap tabah.
Semuanya hanya dilalui oleh insan yang bergelar ummi....


Tiba saat insan kerdil melonjak2 mencari jalan menuju alam dunia..insan bergelar ummi menahan jutaan kesakitan yang amat sangat, sepenuh nyawanya dipertarungkan demi memastikan insan kerdil berupaya melihat alam dunia..beratus2 urat terputus, menanggung luka dan kesakitan melahirkan insan bergelar cahaya mata..justeru, ketahuilah duhai insan bergelar anak sekalian, tiada insan yang lebih kasih, lebih bimbang, lebih menyayangimu sebagaimana insan bergelar Ummi terhadapmu. Kasihi dan hormatilah dia selaras dengan perintah Rabb mu yang Maha Mulia.

Teringat daku tika melahirkan puteriku yg paling kecil tanggal 1syawal 1434hijrah bersamaan 8.8.13 jam 3.21pm. Bayi seberat 3.4kg itu selamat dilahirnya sedang ummi tidak sempat menjamu selera dgn juadah eidulfitr...namun berbekalkan tamar ajwah dan air zam-zam dari bumi mulia Makkah al-Mukarramah..ummi alasi perut mengharap tenaga kurniaan Ilahi..alhamdulillah kelahiranmu agak mudah,kerana ummi yakin..tiada yang mampu membantu ummi berjuang melahirkanmu melainkan hanya Dia..dengan yakin akan janjinya bahawa ummi sentiasa dalam lindungan dan perhatianNya,,maka lahirkan puteri comel dgn selamat dan sempurna melihat dunia yang penuh pancaroba dan mehnah ini..




Doa ummi agar anak2 cahaya mata serta permata hati ummi sentiasa dalam rahmat kasih sayang Ilahi sebagaimana kalian di alam rahim suatu ketika dahulu..aamiin



Mengintai ke alam kasih sayang Rabbul Jalil

3D ULTRASOUND

SUBHANALLAH..

Maha Suci Allah yang menciptakan hamba2nya dari setitis air mani yang hina yang dipancarkan ke dalam rahim wanita bergelar ibu, dijaga dibentuk dan dilindungi dengan penuh Rahman dan RahimNya..dari segumpal darah hingga terciptanya suatu makhluk yang dimuliakan dgn kurniaan akal bergelar Insan. Tiada yang lebih Agung melainkan Dia..sesungguhnya Dialah sebaik2 pencipta.

Selama 9bulan 10hari dalam rahim ibu, insan kerdil ini hidup dgn segala qudrat dan IradatNya. Tiada keluh kesah, tiada kebimbangan, tiada kerunsingan..kerana semuaNya dalam urusan dan tadbiran yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Setiap denyut jantung berdetak dengan QudratNya,,segala hela nafas dalam penguasaanNya, segala gerak balas jua dengan keizinan tidak lain tidak bukan dengan izin yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Indahnya alam penuh Rahman dan Rahim


Dijaga dibela pada zahirnya seperti dalam jagaan ibu, namun hakikatnya semuanya dalam penguasaan Allah..sedang ibu sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaan janin dalam kandungannya. Namun usah bimbang,,kerana ADA yang menjaganya..

Indahnya alam Rahim..
suatu alam yang sememangnya telah kita semua lalui tanpa dapat mengulangi detik indah bergelar janin yang penuh dengan lindungan Allah 'azza wa jalla..

Terima kasih Allah atas anugerah ini..

Indahnya bertauhid



Knowledge Sharing

Nafi dan isbat
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu

Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya

Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu

Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu

Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah…



Wednesday, September 18, 2013

korban di kemboja 2013


assalamualaikum wbt

kepada sahabat2 bloggers dan muslimin muslimat yang berminat utk melaksanakan ibadah korban di kemboja bersama HARUM, boleh download borang di atas dan contact individu yang diamanahkan utk urusan korban di Kemboja..nama dan no telefon ustaz-ustaz yang terlibat ada disertakan dihujung kanan borang di atas.

semoga ibadah korban yang tuan/puan laksanakan diterima Allah disamping membantu saudara seAgama kita di bumi Kemboja..


Friday, July 26, 2013

SAHAM AKHIRAT

Sempena Ramadhan dan syawal

sukacitanya saya menyeru semua muslimin muslimat, mukminin dan mukminat utk bersama-sama kita menyumbang derma kepada pembinaan madrasah syeikhul ariffin di Melaka ini.

Sesungguhnya, saya tiada kepentingan dalam madrasah tersebut..hanya sekadar berkongsi dan menyebarluaskan usaha dakwah yang dicerna oleh masyaikh2 yang terlibat.

Semoga dgn sumbangan kita walaupun sedikit, dapat menyumbang kepada terbina pusat pembelajaran islam juga semoga ianya dinilai sebagai saham akhirat terbaik buat kita semua.

ayuh, sama2 kita menyumbang kepada pembinaan madrasah ini. andai ini ramadhan terakhir kita, sekurang2nya sdh ada sedikit bekal utk kita bawa ke alam baqa'.

wallahu 'alam.

detailnya saudara-saudari boleh view pamplet yang saya sertakan ini utk sumbangan. Jazakallah khairal jaza'


sila klik image untuk pembesaran pamplet

sumbangan boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk cek kepada;

cek atas nama
Persatuan Kebajikan Keluarga Syeikh Ismail (PAKSI)

atau boleh bank in sumbangan anda, terus ke akaun
MAYBANK PAKSI
No.akaun;
5041 2412 3269


Info lanjut;
MADRASAH SYEIKHUL ARIFFIN
Lot 1622, Simpang Bekoh,
Chabau, 77300 Jasin, Melaka.
Tel; 013-353 9639@ 013-300 7425
email: madrasah.syeikhulariffien@gmail.com

Tuesday, May 28, 2013

Larangan buruk sangka

Buruk sangka (su'u dzan) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk/tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini. 




Allah Ta’ala berfirman.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata : “Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.  (Tahdzib At-Tahdzib) 

Disebutkan bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata : “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”.  [kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) ] 

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari kburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121))


Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata:

Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:

“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]


والله أعلمُ بالـصـواب
 
credit to; http://addienblog.blogspot.com/2012/03/larangan-buruk-sangka-dan-mencari-cari.html

Sunday, March 17, 2013

FAKTA: HABBATUS SAUDA' & MADU

 

Fakta berkenaan MADU dan HABBATUS SAWDA

Fakta 1Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh ALLAH S.W.T di dalam AL-QURAN yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl: 69)

Fakta 2
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Tetaplah kamu berubat dengan HABBATUS SAWDA ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut" (H/R : Bukhari & Muslim)Fakta 3
World Apiculture Conference
yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa
madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSAN yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk kedalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.Fakta 4Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebih berkesan dalam merawat Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

Fakta 5
Ibnu Sina
dalam kitab besarnya "Al-Qanun Fi Al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasaalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Caranya ialah Habbatus Sawda dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.
Fakta 6
Ibn Qayyim Al-Jawziyah (691-751)
menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al Mi'ad Fi Huda Khayri Al Ibad": Jika Habbatus Sawda dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.
Fakta 7
The Journal of America Scientists
melaporkan, Habbatus Sawda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi anttihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).
Fakta 8Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Fakta 9Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.





Fakta 10Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.
Fakta 11Madu berperanan sebagai agen antioxida yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal iaitupenyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.Fakta 12Kajian Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, menujukkan madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, Ribotlorina dan asid pontohenic.
utk tempahan dan pembelian pelbagai jenis produk madu, habbatus sauda', cafe dan pelbagai produk bersumberkan madu, habbatus sauda' kismis dan pemakanan sunnah.

Friday, February 1, 2013

Who Is Allah?

 








In Arabic, Allah means literally the one God.  Different languages give the same thing, different names.  In the last decade, a growing phenomenon was seen on the internet and in published literature where Allah is said to be the “moon god” that Arabs worshiped, and the Kaaba (The Muslims holy place at Mecca) is His temple.

It is alleged that although Islam is a monotheistic religion, the Muslims’ only God is simply another idol that Muhammad peace be upon him chose (or in some versions of the story, he made it up).
This story is nullified by many facts.

Prophet Abraham built the Kaaba for people to worship God. While pagan Arabs admitted this fact and even kept the stone where he used to stand to build the Kaaba (Abraham’s station), they brought idols to the Kaaba and worshiped them to get closer to Abraham’s Lord, Allah, God of gods.

Prophet Muhammad peace be upon him came with the monotheistic message of Islam.  Arabs defended these idols and refused to give up the religion of their fathers and grandfathers.  They offered to Muhammad a deal, that is to worship their gods for one year, and they worship Allah alone for one year.  A chapter of the Quran came with the response from God to this evil invitation:

“Say : O ye that reject Faith! I worship not that which ye worship, Nor will ye worship that which I worship. And I will not worship that which ye have been wont to worship,  Nor will ye worship that which I worship.  To you be your Way, and to me mine.” Al Quran 109:1-6

Later on when Allah revealed in the Quran that Allah has other names.  One of those holy names for example is Al-Rahman (the Gracious).  The pagan Arabs thought that this was new God. To which Allah responded again in the Quran:

“Say: Call upon Allah, or call upon Rahman: by whatever name ye call upon Him, (it is well): for to Him belong the Most Beautiful Names” Al Quran 17:110
It is not a new god; it is a new name for the same God.  Allah has ninety nine names in Islam; all of them are holy and speak about different attributes of the same creator, almighty Allah.  As an example, read these verses of the Quran:

“Allah is He, than Whom there is no other god; Who knows (all things) both secret and open; He, Most Gracious, Most Merciful.

Allah is He, than Whom there is no other god; the Sovereign, the Holy One, the Source of Peace (and Perfection), the Guardian of Faith, the Preserver of Safety, the Exalted in Might, the Irresistible, the Supreme: Glory to Allah! (High is He) above the partners they attribute to Him.

He is Allah, the Creator, the Evolver, the Bestower of Forms (or Colours). To Him belong the Most Beautiful Names: whatever is in the heavens and on earth, doth declare His Praises and Glory; and He is the Exalted in Might, the Wise” Al Quran 59:22-24

When Prophet Muhammad peace be upon him  came back to Mecca, he entered the city peacefully on the top of an army of 10,000 men.
He did not burn a single home; he did not harm a single person; he just went to the Kaaba and destroyed all the idol gods of the Arabs there.  He kept nothing in the Kaaba.

There is evidence that the word Allah existed before the birth of Muhammad peace be upon him for thousands of years.  It is probably the oldest name man used to call God.  Most likely, Adam used the word Allah to call the Lord.  On the other hand, the word “GOD” was born with the English language, less than ten centuries ago.  Despite this we do not call all English speaking nations pagans because they use the word “God”?  Neither do we call Chinese monotheists, pagans because they call God by another name.
As a matter of fact, the word Allah is used in all Arabic translations of the Bible.
Allah says in the holy Quran:

In Islam, Allah is perfect.  He has no partners.  We worship Him and Him alone.  Our faith is summarized in the holy Quran:
“Say: He is Allah, the One and Only; Allah, the Eternal, Absolute;  He begetteth not, nor is He begotten;  And there is none like unto Him” Al Quran 112:1-4

credit to;  http://hidayahcentre.wordpress.com


Thursday, January 31, 2013

Bid'ah kah amalanku??


 

Iman dan amal soleh adalah dua perkara yang seiring, membicarakan berkenaan amal soleh bukan sahaja terarah kepada perbuatan semata-mata, namun boleh juga berlaku dalam pelbagai bentuk yang lain umpamanya melalui perkataan spt berzikir, berwirid dsbnya.

Malangnya masyarakat Islam hari ini seringkali dimomok kan dengan isu bid'ah dengan pelbagai fahaman yang mengelirukan. Amalan seperti wirid, doa secara berjemaah, bacaan al-quran (yaasiin) berkumpulan dikaitkan dengan perbuatan bid'ah, lebih menyedihkan amalan tersebut dikaitkan sebagai bid'ah dhalalah... Kemelut dari sudut kefahaman ini memerlukan penjelasan agar persoalan bid'ah ini mendapat pencerahan sewajarnya.

Justeru, beberapa dalil dihimpunkan sebagai penjelasan kepada pengertian amal soleh itu sendiri..


Yang bermaksud:
73. dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, Yang memimpin (manusia ke jalan Yang benar) Dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami.

 

Yang bermaksud;
90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.

 

Yang bermaksdud: 
32. kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).
  

Dari dalil2 di atas menunjukkan sebarang bentuk amal soleh digalakkan kepada seluruh manusia sebagai usaha mengumpul pahala untuk bekalan akhirat nanti, selagi mana amalan yang dilaksanakan itu tidak bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Imam al-Syafi'e berkata: "Bid'ah itu terbahagi kepada dua jenis iaitu bid'ah yang baik dan bid'ah yang keji. Maka, apa yang selari dengan sunnah itu adalah baik dan apa yang bercanggah dengan sunnah maka ia adalah keji." Beliau berpandukan hujjah dari kata-kata Umar al-khattab mengenai solat di bulan  Ramadhan iaitu: "sebaik-baik bid'ah adalah yang ini".

 Ahli sunnah wal jamaah mendefinisikan  bid'ah sebagai;

1. Mengamalkan sesuatu perkara dengan tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau

2. Tidak mengikut contoh-contoh terdahulu, atau

3. Tidak mengikut prinsip2 yang diyakininya.


Hadis yang seringkali digunakan oleh golongan yang menolak semua perkara baru khasnya, golongan Wahabi adalah hadis riwayat Abu Daud (4607) yang bermaksud: "Setiap perkara baru yang diada-adakan itu adlah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang  sesat itu berada di dalam neraka"

Para ulama' ada juga yang menggunakan ungkapan lain dalam membahagikan bid'ah, iaitu:
1. Bid'ah Huda
2. Bid'ah Dhalalah (sesat)

Bid'ah yang bercanggah dgn perintah Allah SWT dan RasulNya atau ijma' maka ia berada dalam kategori bid'ah dholalah dan ianya ditolak. Manakala bid'ah yang termasuk dalam erti kata umum firman Allah, galakan serta digesa oleh Rasulullah SAW, ia termasuk dalam kategori bid'ah huda@mahmudah@dipuji.
Bid'ah yang tidak ada contoh sebelumnya tetapi perbuatannya baik, seperti pemurah, berzikir selepas solat dan melakukan perkara yang ma'ruf termasuk dalam kategori perbuatan yang terpuji. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut mestilah tidak boleh bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh syara'. Kerana Baginda SAW telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang baik itu ada pahalanya, dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud;
" Barang siapa yang mempelopori sunnah (amalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala orang yang mengamalkannya".

"Barang siapa yang mempelopori ikutan yang buruk,maka dia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya" 

Wallahu 'alam..

 
Kredit kepada; Sahibussamahah Dato' Hj Mohd Tahrir Bin Dato' Hj Samsudin (Makalah bertajuk; Bid'ah satu penjelasan,oleh Mufti Negeri Johor DT)