Friday, January 7, 2011

If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses

Kesibukan bermula stiap kali bermulanya semester baru..alhamdulillah, mg dengan bermulanya semester baru bertambah keazaman dan tekad untuk menimba ilmu.

Pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian tak dapat dinafikan. pernah juga ku renung, mengapa manusia berlumba-lumba mengejar ilmu walau diri di mamah usia? mereka ada target dan niat tersendiri. namun janganlah mencari ilmu diniatkan semata2 untuk kebendaan, kemewahan dan untuk tujuan meninggi diri. Tidak akan ada yang lebih hebat selain ALLAH..Justeru, sentiasa ingat dan pesan berpesan, setinggi mana pun ilmu kita, sehebat mana pun kerja, semahal mana pun gaji yang diterima dan sebijak mana pun kita..jangan sampai timbul riak dalam diri. Pernah juga ku temui manusia yang seakan bangga dengan kehebatan dan pangkat yang diterima, membuatkan dirinya merasakan dia yang terbaik dari seluruh rakan sejawat dari seluruh manusia yang lain..dek kerana itu timbul kurang hormat terhdap orang lain. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku....setiap manusia mempunyai harga diri, perlu dihormati, dihargai..justeru..jangan kita angkuh dengan ilmu yang ada. kerana...semua itu anugerah Allah, bukan sahaja dengan usaha...tapi dengan kehendak dan redhaNYA...dan DIA berhak menarik segala anugerahnya bila-bila masa sahaja.

Kuliah minggu pertama bermula dengan mood yang baik dan tenang...ada sesuatu yang menarik perhatianku disuatu kuliah petang semalam..."application of statistics in educational research" begituah bunyinya subject untuk kuliah yang ku maksudkan..amat menggerunkan,bukan? tambahan pula dengan diri ini yang ber"background" kan agama. namun..cabaran kena hadapi juga..

Permulaan kelas yang sgt menarik...mmg bgs Prof! jarang ku temui seorg prf yang sgt peramah dan open minded dgn studnt sprtnya.."If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses"..kalimah pertama yang dituturkan sebelum meneruskan kuliah..ku renung maksudnya..mmg sgt mendalam...satu persatu motivasi dilontarkan utk ank didiknya. sgt tersusun..plg melucukan..bg kami yang merasakan stat itu sukar, soalannya.."siapa yang jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuk?" masing2 menilik jari..huhu kelakar..gamat seketika. "haa..org yg jari manisnya pnjg ada kebolehan belajar matematik..." =) tersenyum kami dbuatnya. 1 lg..."siapa yang suka music?"...humm smua..jd smua berkebolehan utk mahir matematik..kemudia diteruskan dengan beberapa ujian lain..

Namun..apa yang paling menarik perhatianku..kalimah awalnya...
"If you want it..there are thousands of effort, if do not want it u just giving excuses"
benar...tersirat peranan penting seorang pendidik untuk memotivasikan ank didiknya. Kalimah yang diucapkan ada benarnya...Sesukar mana pun sesuatu perkara, pasti ada jalan penyelesaiannya dengan syarat adanya kehendak,tawakkal dan juga usaha yang bersungguh2. mdh2an lembaran semester baru ini meningkatkan lg motivasi dan kesungguhan dalam menongkah arus dan liku demi utk meneruskan jihad ilmu..ameen ya RABB

2 comments:

  1. waaahhh...
    kata2 besemangat yg sgt mendalam mksud nye...suke2..!
    <>

    ReplyDelete