Wednesday, June 29, 2011

Kembara ke langit ILAHI

Rejab..tersingkap kisah yang bukan sahaja sekadar sejarah tetapi terkandung iktibar dan peringatan untuk semua ummat Muhammad SAW. 27 Rejab tahun ke-10 sebelum hijrah menjadi tarikh keramat dalam Islam apabila Baginda SAW diisra' dan dimi'raj kan untuk menerima amanah solat yang sehingga hari ini menjadi kewajipan semua umat Islam.

Menyingkap kisah isra' dan mi'raj di dalam al-Quran, dapat diteliti dari surah al-isra' ayat 1 yang terjemahannya sebagaimana berikut:

"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Peristiwa besar ini berlaku ketika Baginda SAW sedang tidur di hijir Ismail berdekatan Kaabah bersama-sama dengan bapa saudaranya Hamzah dan Jaafar bin Abi Talib. Riwayat lain menyebut bahawa ketika baginda Saw sedang tidur di rumah Ummu Hani' binti Abi Talib.

Setelah malaikat jibril, mikail dan lain-lain membelah dada dan menyucikan jiwa baginda SAW. Baginda kemudiannya dipersilakan untuk menaiki buraq. Sifat buraq ini ada dinyatakan Baginda Saw dalam sebuah hadis Muslim yang bermaksud:

"Telah didatangkan kepadaku seekor buraq iaitu seekor binatang yang putih warnanya, lebih tinggi dari keldai, rendah sedikit dari baghal dan kakinya melangkah sekilas mata memandang".

Beberapa kejadian aneh telah disaksikan oleh Rasulullah SAW disepanjang perjalanan (berburaq) Isra'nya sebagaimana berikut:

1) Rasulullah SAW dikejar 'Afrit dengan membawa jamung sehingga menggerunkan baginda SAW, setelah membaca beberapa ayat yang diajar oleh Jibril, 'Afrit tersungkur ke bumi dan padamlah jamung yang dibawanya. Bermaksud; suatu pengajaran fbagi seorang yang berjuang di jalan Allah selalunya akan menghadapi rintangan bagi menggagalkan usaha sucinya tu. Tetapi semangat gigih, sabar dan tabah akan membuahkan kejayaan untuk mengatasi segalanya.

2) Rasulullah SAW bertemu sekumpulan petani sedang menanam padi, sejurus itu dapat menuai buahnya kemudian pokok yang sudah dituai mengeluarkan buahnya lagi, demikianlah seterusnya..Ini merupakan gambaran ummat Muhammad SAW yang suka membelanjakan hartaya pada jalan Allah akan diberi pahalan 700 kali ganda.

3) Rasulullah terbau bauan yang harum semerbak - keharuman Mashitah dan keluarganya yang rela menerima hukuman mati dengan terjun ke dalam kawah yang sdang mendidih airnya,daripada menurut kemahuan Fir'aun yang memaksa supaya mengakui dirinya tuhan. Pengajarannya ; seorang yang rela berkorban semat-mata kerana yakin dengan kebenaran Agama Allah tetap akan menerima penghormatan disisi Allah dan harum namanya pada pandangan masyarakat.

4) Rasulullah melihat segolongan manusia yang sedang menghantukkan kepala ke batu hingga pecah dan berdarah. Gambaran umat Muhammad SAW yang suka menangguh-nangguhkan solat dan menunaikannya dalam keadaan yang berat dan malas.

5) Rasulullah melihat sekumpulan manusia berbogel, bercampur gaul lelaki perempuan, kotor dan hina, merayau-rayau ke sana ke mari seperti unta dan kambing. Mereka makan kayu-kayu berduri, barang-barang busuk dan batu-batu daripada api neraka. Gambaran keadaannya orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil dan sayangkan harta benda mereka.

6) Rasulullah SAW  melihat segolongan orang yang sedang makan daging mentah dan busuk pada hal disisinya ada daging yang baik, bersih dan sudah dimasak. Menggambarkan keadaan umat Muhammad SAW yang melakukan zina pada hal mereka sudah ada isteri atau suami yang sah.

7) Rasulullah Saw menemui ranting-ranting berduri merintangi jalan sehingga menyusahkan orang ramai untuk menggunakan jalan tersebut. Gambaran orang berusaha menghalang kebajikan dan tidak senang melihat melihat kemajuan orang lain.

8) Rasulullah SAW melihat orang yang berenang dalam sungai darah smbil menelan batu neraka yang dicampk kepada mereka. Itulah gambaran orang yang makan riba.

9) Rasulullah SAW melihat seorang memikul beban kayu, semakin berat beban itu semakin ditambahny lagi, begitulah seterusnya. Gambaran orang yang tidak berupaya menanggung tugas yang diamanahkan kepadanya tetapi mahu juga menerimanya seingga membebankan dirinya sendiri.

10) Rasulullah melihat orang yag menggunting bibir dan lidahnya sendiri kemudian bertangkup semula dan mengguntingnya lagi, begitulah seterusnya. Gambaran orang yang suka menasihati orang lain supaya melakukan perbuatan baik dan amal kebajikan sedang mereka sendiri tidak melakukannya.

11) Rasulullah melihat orang yang mencakar muka dan dadanya sendiri dengan kuku yang panjang daripada tembaga sehingga carik kulitnya dan keluar darah. Gambaran orang yang suka mengumpat, membicara keaiban orang lain hingga menjatuhkan maruah dan nama baik orang itu.


12) Rasulullah melihat lembu jantan yang keluar dar lubang batu yang sangat sempit kemudian cuba hendak masuk kembali tetapi tidak dapat. Gambaran orang yang suka bercakap besar kemudian menyesal atas pekerjaannya itu tetapi tidak dapat menarik semula kata-katanya itu.

13) Rasulullh melihat perempuan berpekik dan menjerit-jerit kesakitan kerana buah dadanya dicucuk dengan besi yang tajam dan digantung ke atas seperti menggantung daging. Gambaran perempuan yang melakukan perbuatan jahat (zina) sedang ia sudah bersuami.

14) Rasulullah bertemu dengan perempuan muda yang bergaya, menunjukkan perhiasan dan kecantikan diri sambil menyeru Rasulullah supaya berhenti sebentar untuk bertanya sesuatu, tetapi baginda tidak mempedulikannya. Gambaran kehidupan duniayang mempesonakan manusia. sekiranya Rasulullah melayan permintaan perempuan tersebut, maka ramailah umatnya yang akan mengutamakn dunia daripada akhirat.

15) Rasulullah bertemu pula dengan perempuan yang sudah lanjut usia berjalan terbongkok-bongkok sambil menyeru Rasulullah: Lihatlah aku, tunggu sebentar, aku hendak bertanya sesuatu. Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan seruan perempuan tersebut. Gambaran bahawa umur dunia sudahpun lanjut dan tidak sedikit sahaja lagi.

16) Rasulullah SAW melihat seorang tua duduk jauh dari jalan sambil menyeru Rasulullah supaya datang kepadanya, tetap Jibrail mengingatkan kepada Rasulullah supaya jangan mempedulikan seruan itu. Itu lah iblis laknatuLLAH yang bermaksud hendak menghasut Rasulullah SAW.

17) Rasulullah terdengar suatu suara memanggilnya atang dari arah kanan tetapi baginda tidak menyahut panggilan itu. Itulah seruan yahudi dan jika Rasulullah menyahutnya maka ramailah umatnya yang kan menjadi penganut yahudi.

18) Rasulullah terdengar pula suara panggilan yang datang dari arah kiri tetapi baginda tidak menyahut panggilan itu. Itu lah seruan nasrani dan sekiranya Rasulullah SAW menyahutnya nescaya akan ramailah umatnya yang menjadi penganut Nasrani.

Setelah selesai Isra', Rasulullah SAW dibawa mi'raj ke langit untuk mengadap Allah dan menerima perintah sembahyang yang diwajibkan ke atas seluruh umat islam. Dalam perjalanan ke sidratul muntaha, baginda melalui 7 lapisan langit dan menemui beberapa orang Rasul. Seterusnya baginda SAW dibawa ke sidratul muntaha dan disana Jibrail menghidangkan kepadanya tiga gelas berisi arak, susu dan madu. gelas berisi susu menjadi pilihan nabi SAW dan berkatalah Jibrail: benarlah engkau wahai Muhammad, itulah lambang kesucianmu:' Ketika di sidratul muntaha ini lah baginda SAW melihat wajah sebenar Jibrail as. Setelah menyaksikan keindahan al-kauthar, Rasulullah dibawa melihat syurga dan neraka seterusnya baginda SAW diangkat ke 'Arasy untuk menerima perintah solat.

Semoga ringkasan kisah isra' dan mi'raj ini menjadi iktibar dan pedoman untuk menginsafi diri kita yang tidak lebih dari hanya seorang hamba Allah yang lemah dan seringkali diuji. Juga semoga ketabahan dan kesabaran baginda SAW menjadi contoh buat kita meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah SWT.

Wallahu 'alam..



 

Friday, June 24, 2011

belajarlah untuk menghargai...

alhamdulillah..dah lama tak berkesempatan utk update entry,perkongsian ilmu kali ini xlebih dari sekadar ringkasan kisah pendek yang sangat memberi maksud mendalam..kisah ini dikongsikan oleh seorng ustaz d ruang udara ikim.fm suatu ketika dulu..mari hayatinya...


suatu hari seorang anak telah berselisih faham dengan ibunya. perselisihan faham yang besar itu menyebab siibu berkecil hati dan mengusir si anak keluar dari rumah.


anak ini kemudiannya keluar dari rumah tanpa diketahui arah tujunya. seketika dia melewati sebuah kedai makan, aroma masakan membuatkannya terasa lapar...namun mengenangkan dia tidak berduit, dia hanya mampu berdiri di hadapan kedai dan melihat sahaja makanan yang dipamer. gelagat anak ini diperhatikan tauke kedai yang kemudiannya menghampirinya. "anak nak makan?" tanya tauke kedai tersebut. anak tersebut mengangguk smbil berkata, " ya..tapi pakcik, saya tak ada duit". tauke kedai tadi kemudian berkata," xapa lah nak, duduk..nanti pakcik sediakan nasi dan air untuk kamu".....




ketika anak ini menyuapkan makanan ke mulutnya..air matanya jatuh berguguran. pakcik tadi bertanya," kenapa nak?" si anak ini kemudiannya menjawb ringkas.."saya terharu, pakcik...pakcik bru saja kenal saya tetapi pakcik sudi berikan saya makanan, sedangkan ibu saya...menghalau saya dari rumah".


tauke kedai itu kemudian menghela nafas panjang..."nak, pakcik hanya memberikan kamu sepinggan makanan, tetapi ibu kamu.....menjaga dan memberi kamu makan sejak dari kamu kecil sehingga lah kamu keluar rumah..tetapi disebabkan perselisihan faham dengan ibu kamu, kamu sanggup meninggalkannnya". anak itu terkejut dengan kata-kata yang dituturkan pakcik, dia kemudiannya berfikir...mmg ada benarnya kata-kata pakcik itu. Si anak ini kemudiannya terus pulang ke rumah....


Daripada kisah yang ringkas ini, dapat disimpulkan bahawa manusia kadang-kadang tidak menghargai sesuatu yang diperolehi secara rutin..cuba renungkan, berapa kali kita mengucapkan terima kasih kepada ibu yng setiap hari bersusah payah menyediakan segala keperluan kita bermula dari awal pagi sehingga kita lena di malam hari...berapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk kita?


sama lah halnya juga dengan nikmat yang dikurniakan Allah, malah kurniaan Allah jauh lebih banyak dari pengorbanan ibu...namun manusia kadangkala terleka dengan nikmat yang dikurniakan, sehinggga kan ada yang tidak sempat menunaikan solat hanya kerana menguruskan nikmat kurniaan Allah yang sedikit cuma. umpamanya, ramai yang tertipu dengan harta kekayaan...sibuk mengurus harta hingga tiada masa untuk berterima kasih kepada Yang Menganugerahkan hrta tersebut...adilkah ini? Nauzubillah...mdh2an kita semua dipelihara iman olehNya dan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur...