Saturday, May 26, 2012

bertuahnya wanita Islam

Alhamdulillah..

Terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.Nikmat terbesar kurniaanMu yang tidak semua manusia terpilih untuk memperolehinya..Moga nikmat ini semakin subur dan bertambah dengan dibajai keyakinan yang tidak berbelah bahagi, amalan dalam setiap suruhan disertai kepatuhan terhadap laranganNya.

Mahalnya Wanita Islam...
betul ke mahal? ukurannya apa? wang ringgit kah?? atau emaskah?

 

SubhanAllah.. Islam meletakkan martabat wanita ditempat yang mulia, perlu dikasihi, dilayan dengan layanan yang baik, dihormati, dimuliakan, tidak dizalimi dan sebagainya. Indahnya Ajaran agama wahyu al-Quran ini. Mahalnya wanita mukmin bukan terletak pada jutaan ringgit sebagai mahar..bukan terletak pada banyaknya dulang hantaran dan bukan juga terletak pada gahnya majlis perkahwinan yang dilaksanakan... tetapi mahalnya wanita mukmin dinilai dari keimanan serta akhlak dan keperibadiannya.. justeru kerana mahal dan berharganya wanita mukmin, Islam menggariskan pakaian yang sesuai dengan nilainya yang tinggi... Selalu ku berpesan kepada anak-anak didikku..dengan satu analogi mudah untuk difahami,.. Andai ada jutaan ringgit dalam genggaman kita, andai ada simpanan emas... dimana tempat yang paling sesuai selain menyimpannya di bank? sudah tentu barangan berharga tersebut diletakkan di tempat yang paling selamat, bukan? dengan kata lain.. kita tidak akan sekali-kali meletakkan jutaan wang dan emas diluar pagar rumah..kerana apa? kerana nilainya yang tinggi... sudah tentu, disimpannya di dalam sebuah rumah yang dikunci pagarnya, dikunci pula grill nya, dikunci juga pintunya... tidak pula diletakkan diruang tamu..bahkan disimpan didalam bilik berkunci, didalam almari berkunci, di dalam laci yang dikunci dan diletakkan di dalam peti besi yang dikunci dengan kod-kod tertentu yang hanya empunyanya sahaja yang tahu akan nombornya..betulkan?? hmm..begitu rapinya penjagaan kita terhadap barangan bernilai...

justeru,,,,Islam lebih indah dari itu. yang meletakkan wanita dalam kedudukan yang mulia tidak sebagaimana zaman jahiliah dahulu yang mempergunakan wanita sewenang2nya..dan dianggap tidak lebih dari makhluk yang menyusahkan, memalukan dan lambang kehinaan... datangnya Islam mengangkat martabat wanita. Wanita dimuliakan sebagai anak, isteri dan ibu. Dek kerana tinggi dan mahalnya wanita Islam... maka disyariatkan menutup aurat,,,bukan untuk menyusahkan wanita.. tetapi sebagai lambang kemuliaan dan kehormatan wanita Islam. Wanita Islam bukan untuk tontotan semua mata-mata lelaki, bukanlah lambang seks sebagaimana yang dipamerkan di barat, bukan juga boleh disentuh sesuka hati, digauli seenak rasa dan dipergunakan sewenang-wenangnya...tetapi..wanita islam adalah khusus untuk tontonan mata-mata yang halal baginya, hanya layak digauli dan disentuh oleh lelaki yang diikat dengan lafaz akad yang sahih bahkan memiliki darjat yang tinggi dalam Islam... Wang ringgit bukan ukuran nilaian seorang wanita Islam. Mahal nilainya didasarkan ketaqwaan, keimanan, ketaatannya kepada segala suruhan dan larangan Allah.. Lantaran itu, bersyukurlah.. kerana kita semua terpilih untuk memperoleh anugerah terbesar kurniaan Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Friday, May 18, 2012

LIL ABI WA UMMI


10 perkara

Suatu ketika Ibrahim Ibn Adham berjalan-jalan di Kota basrah.
Orang ramai segera mengerumuninya, antaranya ada yang bertanya
"Allah berfirman: mintalah kepadaKU wahai hambaKu nescaya akan ku kabulkan permintaanmu"
dan 
bertahun kami telah berdoa tapi Allah tidak mengabulkannya
apa kata Ibrahim Ibn Adham??
"hati kamu sesungguhnya telah mati disebabkan 10 perkara yang kamu lakukan selama ini....

1. 
kamu mengerti siapa Allah SWT tetapi kamu tidak pernah memenuhi hakNya.
2. 
Kamu baca ayat-ayat al-Quran..tetapi kamu tidak pernah beramal dengan maknanya.
3.
 Kamu mengaku memusuhi Iblis tetapi kaum menurut ajakannya
4. 
Kamu mengaku cintakan Rasulullah SAW tapi kamu tinggalkan sunnah2nya
5. 
Kamu mengaku cintakan syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha mendapatkannya
6. 
Kamu mengaku takut akan neraka tetapi kamu berterusan melakukan dosa
7. 
Kamu yakini bahawa mati benar dan akan tiba tetapi kamu tidak pernah bersiap untuk menghadapinya
8. 
Kamu sibuk membicarakan keaiban orang lain tapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri
9. 
Kamu menikmati rezeki dari Tuhanmu tetapi kamu tidak pernah mensyukurinya
10. 
Kamu pernah mengebumikan orang mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar darinya".. 

sama-sama kita renungkan smg muhasabah ini membuka ruang kesedaran dalam diri untuk kita berubah ke arah yang lebih baik..
InsyaAllah..

Wednesday, May 16, 2012

Puasa dan Pengambilan Ubat

Berikut beberapa prosedur dalam perubatan yang perlu kita tahu..
 
Rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa

1. menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)

2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi rawatan sakit dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung.

3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi (dengan syarat tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut)

4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.

5. penderma atau pemindahan darah

6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pd permukaan kulit

7. Pengambilan sampel darah ujian makmal

8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah utnuk tujuan pemeriksaan seperti angiogram untuk pesakit jantung.

9. Pemeriksaan laparoscop iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit

10. Berkumur-kumur secara gergle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan

11. menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan dari hati atau organ lain untuk tujuan analisa makmal

12. penggunaan ubat spray hidung tanpa disedut

13. rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis

14. menjalani rawatan bius setempat atau separuh dengan semburan atau suntikan setempat

15. penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan rongga yang dalam.

Rawatan perubatan yang membatalkan puasa

1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan asma dan paru2 kronik

2. memasukkan tiub kecil@ ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian, pemeriksaan dalaman vaginal atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk memeriksa dalaman vagina wanita

3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (cth; memasukkan urinary catheter untuk rawatan sumbatan salur kencing)

4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.

5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perit ( gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.

6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.


sumber;Majlis Agama Islam Negeri Johor (2011)


Saturday, May 12, 2012

Pengalaman pertama menyelak Bible

Subahanallah..

setelah lebih 30 tahun, ini kali pertama dalam sejarah hidup membaca Bible.. mulanya terasa sedikit gentar tapi bila hati berkata, 'tiada kemuliaan pada bible yang tidak lebih dari hanya sebuah buku biasa yang entah siapa2 lah penulisnya yang telah memesongkan segala fakta dan kebenaran sebenar dari kitab asal injil.." tangan tergerak membelek2 laju bible versi bahasa Melayu...sambil mendengar penjelasan seorang Muslim hebat pilihan Allah..

Setelah meneliti patah-patah ayat yang terkandung di dalamnya..jelas menunjukkan kelemahan tulisannya sangat lemah jika nak dibandingkan dengan Al-Quran mukjizat Muhammad SAW yang dikurniakan Rabbul Jalil. Anehnya mengapa masih ada Muslim yang terpesong aqidahnya mempercayai serta beriman kepada buku ini yang hanya direka dan disesuaikan mengikut kehendak nafsu manusia..



Ada 1 chapter yang diteliti (lupa nama chapternya)...susunan nombor ayatnya hilang..bahkan bukan hanya 1 chapter malah banyak lagi.... jelas menampakkan kelemahannya. Terlintas di fikiran, begini rupanya isi kandungan bible. Patutlah selama ini pengkaji yang benar2 mengkaji bible dan membuat perbandingan dengan al-quran ramai dari kalangan mereka memeluk Islam. Indahnya mukjizat Quran yang tiada tandingan jika nak dibandingkan dengan buku tulisan rekaan manusia itu.. dalam bible ada pulak footnote. sedikit lucu melihatnya. ada pulak kitab sebegini yang dijadikan pegangan...nauzubillah. Teringin untuk meneliti lebih jauh...tapi... hati terdetik, suatu hari nanti akanku kaji apa kandungannya secara menyeluruh setelah Al-Quran selamat ku tadabbur maknanya secara menyeluruh. hanya untuk menilai dan mencari kelemahan kitab buatan manusia ini berbanding al-Quran yang menjadi peganganku dan seluruh Umat Islam.

Seusai seminar..timbul kecintaan yang amat sangat terhadap Agamaku Islam dan melonjak2 rasa bertuahnya diri ini dan sekalian umat Islam kerana dipilih Allah ar-Rahman ar-Rahim untuk menjadi hambaNya. Indahnya Islam...Terima Kasih Allah atas kurniaan nikmat Islam. Moga ditambahkan Iman-Iman kami semua dan dikukuhkan aqidah kami dan dimatikan kami dengan husnul khatimah dengan pengakhiran kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. aamiin..


RESEPI SIHAT CARA RASULULLAH

" Mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah"....(H.R Muslim)

Berikut resepi hidup sihat sebagaimana amalan Rasulullah SAW;

1. Amalkan bangun tidur sebelum Subuh
Antara hikmahnya menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan, terapi pelbagai penyakit (udara dingin subuh yang baik utk kesihatan).

2. Sentiasa menjaga kebersihan
Baginda SAW sentiasa berkeadaan bersih, kemas dan berwudhuk.

3. Jaga makan
Baginda SAW tidak pernah banyak makan. Dinyatakan dalam sebuah hadis muttafaq 'alaih bhw Rasulullah SAW bersabda:" Kami adalah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan tidak makan sehingga kekenyangan".

Tubuh manusia memerlukan 3 ruang bagi peruntukan yang berbeza, 1/3 utk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk makanan. justeru peruntukkan kuantiti yang sesuai utk makanan agar kesihatan sentiasa terjaga bagi memudahkan kelangsungan kita menunaikan ibadah kepadaNYA.

4. Gemar berjalan kaki
Baginda gemar berjalan kaki ke masjid, menziarahi sahabat dsbnya. Berjalan memudahkan kelancaran perjalanan darah, memudahkan pengaliran peluh dan membakar kalori. kesannya mampu mencegah penyakit jantung

5. Tidak Pemarah
Hakikat kesihatan muslim bukan hanya pada jasadiah tetapi juga merangkumi aspek rohaniah dan emosi yang dapat memberi kesihatan jiwa.kaedah terapi mengawal marah;
- mengubah posisi (dari berdiri kepada duduk, dari duduk kepada baring)
- membaca ta'awwuz (kerana marah itu dari syaitan)
- segera berwudhuk
- menunaikan solat 2 rakaat untuk memperoleh ketenangan dan menghilangkan kegelisahan hati)

6. Bersikap optimis dan tidak berputus asa
sikap sebegini memberi impak positif terhadap psikologi seseorang yang mampu memberikan kelapangan jiwa, sabar, istiqamah, berusaha keras serta tawakkal yg tinggi kepada Allah

7. Tidak pernah iri hati
kesihatan jiwa dan ketenangan hati dapat dicapai andai perkara ini diamalkan. Penyakit2 hati seperti hasad, dengki, iri hati ini hanya akan menyebabkan keresahan dalam diri yang mengganggu emosi dan jiwa manusia.

Justeru, sama2 kita praktikkan..mudah2an kita semua bukan sahaja sihat jasmani tetapi juga sihat spiritual dan emosi.