Thursday, January 31, 2013

Bid'ah kah amalanku??


 

Iman dan amal soleh adalah dua perkara yang seiring, membicarakan berkenaan amal soleh bukan sahaja terarah kepada perbuatan semata-mata, namun boleh juga berlaku dalam pelbagai bentuk yang lain umpamanya melalui perkataan spt berzikir, berwirid dsbnya.

Malangnya masyarakat Islam hari ini seringkali dimomok kan dengan isu bid'ah dengan pelbagai fahaman yang mengelirukan. Amalan seperti wirid, doa secara berjemaah, bacaan al-quran (yaasiin) berkumpulan dikaitkan dengan perbuatan bid'ah, lebih menyedihkan amalan tersebut dikaitkan sebagai bid'ah dhalalah... Kemelut dari sudut kefahaman ini memerlukan penjelasan agar persoalan bid'ah ini mendapat pencerahan sewajarnya.

Justeru, beberapa dalil dihimpunkan sebagai penjelasan kepada pengertian amal soleh itu sendiri..


Yang bermaksud:
73. dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, Yang memimpin (manusia ke jalan Yang benar) Dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami.

 

Yang bermaksud;
90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.

 

Yang bermaksdud: 
32. kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).
  

Dari dalil2 di atas menunjukkan sebarang bentuk amal soleh digalakkan kepada seluruh manusia sebagai usaha mengumpul pahala untuk bekalan akhirat nanti, selagi mana amalan yang dilaksanakan itu tidak bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Imam al-Syafi'e berkata: "Bid'ah itu terbahagi kepada dua jenis iaitu bid'ah yang baik dan bid'ah yang keji. Maka, apa yang selari dengan sunnah itu adalah baik dan apa yang bercanggah dengan sunnah maka ia adalah keji." Beliau berpandukan hujjah dari kata-kata Umar al-khattab mengenai solat di bulan  Ramadhan iaitu: "sebaik-baik bid'ah adalah yang ini".

 Ahli sunnah wal jamaah mendefinisikan  bid'ah sebagai;

1. Mengamalkan sesuatu perkara dengan tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau

2. Tidak mengikut contoh-contoh terdahulu, atau

3. Tidak mengikut prinsip2 yang diyakininya.


Hadis yang seringkali digunakan oleh golongan yang menolak semua perkara baru khasnya, golongan Wahabi adalah hadis riwayat Abu Daud (4607) yang bermaksud: "Setiap perkara baru yang diada-adakan itu adlah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang  sesat itu berada di dalam neraka"

Para ulama' ada juga yang menggunakan ungkapan lain dalam membahagikan bid'ah, iaitu:
1. Bid'ah Huda
2. Bid'ah Dhalalah (sesat)

Bid'ah yang bercanggah dgn perintah Allah SWT dan RasulNya atau ijma' maka ia berada dalam kategori bid'ah dholalah dan ianya ditolak. Manakala bid'ah yang termasuk dalam erti kata umum firman Allah, galakan serta digesa oleh Rasulullah SAW, ia termasuk dalam kategori bid'ah huda@mahmudah@dipuji.
Bid'ah yang tidak ada contoh sebelumnya tetapi perbuatannya baik, seperti pemurah, berzikir selepas solat dan melakukan perkara yang ma'ruf termasuk dalam kategori perbuatan yang terpuji. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut mestilah tidak boleh bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh syara'. Kerana Baginda SAW telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang baik itu ada pahalanya, dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud;
" Barang siapa yang mempelopori sunnah (amalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala orang yang mengamalkannya".

"Barang siapa yang mempelopori ikutan yang buruk,maka dia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya" 

Wallahu 'alam..

 
Kredit kepada; Sahibussamahah Dato' Hj Mohd Tahrir Bin Dato' Hj Samsudin (Makalah bertajuk; Bid'ah satu penjelasan,oleh Mufti Negeri Johor DT)

 

Wednesday, January 23, 2013

Semarak Cinta Rasul

 

Salam Maulidur Rasul bt semua para pembaca budiman..


Dalam beberapa jam sahaja lagi kita semua bakal menyambut 12 Rabi'ul Awwal, hari mulia lahirnya junjungan besar Muhammad SAW rahmatan lil 'alamin.. Seorang Insan terpilih berperibadi agung seindah akhlak al-Quranul karim. Insan kekasih Allah..yang dikurniakan kehebatan dan kesabaran yang tinggi tiada tandingan. kasihnya terhadap ummatnya sehingga akhir hayat Baginda. Selayaknya segala pujian, selawat dan salam ke atas Baginda atas segala jerih payah, pengorbanan dan kasih sayangnya kepada kita semua.

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh..semarakkan cinta kepada Baginda Rasulullah SAW setiap masa, bukan hanya sekali sekala dan bukan juga bermusim...bersama kita berusaha mengamalkan perkara berikut;
 
1. Menjunjung agama Nabi, mengamalkan Sunnahnya, sedaya upaya mengikuti perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya, mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam setiap keadaan (ketika susah dan senang, ketika gembira dan sedih) 
Firman Allah SWT: 
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)

2. Sentiasa menyebut dan mengingati Baginda. Mengaitkan setiap apa yang dilihat dan di alami dengan iktibar dari sirah Rasulullah.Membuktikan kecintaan kepadanya dengan sentiasa berselawat kepadanya. 
Sabda Baginda SAW;
 “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)

 
3.  Mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahlil bait dan sahabat-sahabatnya.
4.  Mengasihi al-Quran sebagai mukjizat Agung Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Berusaha sedaya upaya untuk menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, 
“Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
5. Berasa kasih dan kasihan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka. Berusaha sedaya upaya mencegah kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah mahupun hati. Seiringkan juga dengan doa agar insan-insan ini dikurniakan hidayah oleh Allah serta ditambahkan hidayah kepada kita dan zuriat keturunan seluruhnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisan, jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.” 
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah, 71)
Akhir kalam, ayuh tanamkan kecintaan kita kepada Baginda SAW dan semarakkan cinta itu selamanya dalam diri. Mudah-mudahan kita semua beroleh syafaat di akhirat nanti. Nahnu nuhibbuka ya Rasulullah..
Sebagai penutup, sama-sama kita alunkan selawat ke atas Baginda SAW,

    
Wallahu 'alam.

Tuesday, January 22, 2013

syariat atau fesyen,mana satu pilihan kita?? Edisi 1

Alhamdulillah, dh lama tak berkesempatan utk berkongsi info dengan sahabat2 seagama sekalian.. topik perbincangan kali ini berkisar tentang wanita.. jom teliti gambar2 dibawah sebagai muhasabah diri..





Wanita memang diciptakan Allah dengan sifat lemah lembut, penyayang dan disertakan dgn kecantikan.. namun kecantikan yg dianugerahkanNya sewajarnya lah disyukuri dn bukan utk dipertontonkan kepada mata2 yg tidak layak untuknya..Islam tidak mengharamkan berfesyen, berpakaian cantik...kerana Allah itu Indah dan menyukai keindahan.. namun pengharusan berfesyen mestilah menepati garis panduan yg telah ditetapkan Allah SWT. Isunya sejauhmana fesyen muslimah hari ini menepati landasan syariat yg ditetapkan Islam...?

Jujurnya, terkilan juga bila melihat fesyen2 pakaian masa kini yg kelihatan seolah2 mengeksploitasi kecantikan wanita.. potongan pakaian yang menjolok mata, mendedahkan tak kurang juga yang sendat dan nipis. melihat kepada fesyen bertudung pula, sangat pelbagai..ada yg berbukit, berbonggol tak kurang juga yang berbunga di kepala..terkadang terdetik rasa geli hati namun apa yg lebih jelas ialah..kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yg sebenar..rasa kasihan menebal apabila melihat kaum sejenis berpakaian dan mengenakan tudung yg tidak seperti tudung gayanya..

Justeru suka ana mengingatkan diri sendiri juga pembaca blog yg setia agar kita sama2 teliti apa sebenarnya ciri2 pakaian yg dikatakan menutup aurat dari perspektif Islam.. supaya dapat kita praktikkan dlm kehidupan seharian, jom teruskan pembacaan...

Antara garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam khusus dalam bab pemilihan pakaian ialah;

1. Menutup seluruh badan selain muka dan kedua tapak tangan (syeikh Muhammad athiyah khumais, mutawalli as-sya'rawi)
2. Longgar dan tidak jarang

yang dimaksudkan dengan longgar, bermakna pakaian yang dipakai bukanlah pakaian yang ketat, sendat dan mengikut tubuh badan..pakaian juga mestilah diperbuat dari fabrik yang tebal, bermakna..pemakaian fabrik tersebut tidak menampakkan apa yng disebaliknya.. ringkas kata, apabila bertudung@ memilih pakaian, maka mestilah memilih pakaian yang tidak nipis@ transparent... krn itu juga tujuan sbnr kita berpakaian, supaya x nampak anggota2 badan yg merupakan maruah wanita Islam. =)
bersambung....nantikan edisi 2