Thursday, January 19, 2012

cahayamata

alhamdulillah..
seronok lihat anak keduaku (angah) yang berumur 5 tahun bersemangat ke tadika. Pagi-pagi lagi dah bangun mandi, solat subuh dan bersiap ke sekolah. paling teruja abangnya..sanggup bangun mandi sama-sama ngan angah, pakaikan baju dan sikatkan rambut adiknya =) subhanAllah..Maha Suci Allah yang mengurniakan kasih sayang dan sifat tanggungjawab yang tinggi padanya. terharu ku melihatnya. Sambil pakaikan baju angah..abang berpesan, "angah nanti kat sekolah jangan nakal-nakal tau". Angah mengangguk tanda faham. Dah siap pakai uniform tadika, angah solat subuh bersama abang. Seusai solat subuh mereka sarapan bersama dan tiba-tiba abang bersuara."ummi..ummi..boleh tak abang nak ikut ummi hantarkan angah pergi tadika?"...melihat kasih sayangnya terhadap adiknya tadi..tak mungkin lah ummi menolak. ku bawa bersama abang menghantar angah ke tadika, memandangkan kelas sekolah agama abang bermula jam 10.15 pagi. Balik dari sekolah hari itu,,ternyata angah ceria sekali. di sekolah cikgu panggil angah "Ammar, ummi" tiba-tiba mulut kecil itu bersuara.." ummi tersenyum, "ye lah..ammar pun nama angah juga kan..muhammad pun nama angah..hakim pun nama angah..mana2 pun cikgu boleh panggil. Semuanya nama yang baik". Alhamdulillah hari-hari seterusnya pun angah ceria dan bersemangat ke sekolah.

Wednesday, January 18, 2012

Tenang itu dari mana?

Tidak semua orang memperoleh ketenangan hidup..
ada yang hidupnya mewah..namun hatinya tidak tenang..
ada yang hidupnya serba sederhana tapi ternyata hatinya tenang sekali..
ada juga yang hidup susah pada pandangan mata manusia, namun padanya ada kelapangan hidup
dari mana datangnya ketenangan itu??
.........................................................
dari hati yang sentiasa redha, sabar dan syukur dengan segala kuniaan Allah
membicarakan hal ini...membawaku teringat pada pesan orang yang kusayang..
"kita kena sentiasa redha dengan apa yang Allah beri...sabar dengan apa yang diuji..dan syukur dengan segala yang dikurniakanNya"
terkadang kita rasakan kita ini hidup susah..tapi ingat, ada yang lebih susah dari kita..
hmm..jika begitu,langkah yang diatur tidak boleh hanya memandang ke hadapan..namun pandanglah jua ke belakang..untuk memuhasabah, menilai dan mensyukuri apa yang dikurniakanNya.

dari itu.. bila wujudnya kegusaran, kebimbangan, kerisauan...kembalikan semuanya kepada Allah
kita ada Allah tempat disembah, tempat mengadu..tempat merintih, tempat mengharap, tempat meminta, tempat disyukuri segalanya..

Pernah sekali terjadi..
tatkala hidup sangat kelam kabut dengan kerja seharian dan tugasan kuliah serta disertasi yang perlu disiapkan..timbul tekanan dalam diri.
1 jam rasanya seperti 10 minit..subhanallah betapa cepatnya masa berlalu jika penuh diisi
tekanan memuncak bila melihat masa yang bergerak pantas..dalam hati terfikir..ya Allah sempat kah aku siapkan ini..itu..
namun tiba-tiba terdetik di hati..masyaAllah..wahai diri..nak kejar apa? nak kejar masa? memang tak mampu..bukankah semua ini dapat disiapkan dengan izin yang Maha Esa? Astaghfirullahal 'azim...aku telah terleka.


Bermula dari detik itu..kusiapkan satu persatu sambil hati memohon kepadaNya dipermudahkan urusan.. dan ternyata segala kebimbangan, kerisauan dan kebuntuan yang menghantui hilang dengan mudah..dan urusan juga dipermudahkan olehNya..

Alhamdulillah....ternyata amat benar sekali firmanMu ya Rabb..
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang".
Terima kasih ALLAH...

Ada benarnya..

Adakala manusia terleka, seringkali manusia terlupa, kerap kali manusia terlalai
semuanya kerana nikmat dunia yang sementara dan tak seberapa..

Adakala manusia merasakan diri mereka hebat, seringkali manusia merasa gah dengan apa yang dimiliki, dan kerapkali juga manusia terlupa bahawa semua itu tidak lain adalah kurniaan milik yang ESA..

Adakala manusia terasa baik, seringkali manusia merasakan telah banyak berbuat kebajikan dan kerapkali manusia alpa bahawa disebalik kebaikan yang dilaksanakan terselit titis-titis riak yang mengiringi..

Adakala manusia merasa bijak, seringkali manusia merasa bangga dengan ilmunya menggunung namun kerapkali juga manusia terlupa bahawa itulah ujian terbesar yang perlu dilalui untuk mencapai redhaNya..

teringatku pada pesan suamiku yang selalu diulang-ulang..."manusia berilmu juga ada yang tertipu..berapa ramai yang berpendidikan phD tertipu dengan ilmu yang dimiliki...bangga dengan ilmu, merasakan hebatnya diri hingga lupa kepada pemilik segala ilmu. Merasakan semuanya...kerana "aku"..."aku"..dan "aku"... dimana letaknya Allah? Allahu akbar...sangat besar dugaan itu..dugaan dengan nikmat. Terfikir juga..bertuah juga manusia yang diuji dengan musibah yang dengan musibah itu..makin mendekatkan manusia kepada Tuhannya. Bertuah juga manusia yang diuji dengan kesakitan..kerana dengan kesakitan itu..lebih mengingatkan manusia akan kematian dan memberi ruang buatnya mempergiat amal kebaikan...
Allah...syahdunya membayangkan semua itu..
Kerapkali ku pohon moga ditunjukkan jalan yang lurus dalam kehidupan dunia dan akhiratku..moga diselamatkan aqidah dan keimanan kami..moga anak-anak dan seluruh zuriat keturunanku senantiasa dalam bimbingan dan petunjukMu...moga diredhai dan diberi hidayah dalam setiap gerak diamku..moga dijauhkan aku dari segala penyakit-penyakit hati... dan moga dikurniakan yang terbaik buatku tatkala mengadapMu nanti. Amiin ya Rabb
Semuanya kerana aku yakin bahawa Allah mendengar segala rintihan hati..