Wednesday, October 24, 2012

Sunnah Berjuang - Nada Murni




Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...


Wednesday, October 3, 2012

Iman

Wahai diriku yng mengeluh, 
sedarlah bahawa engkau tiada berhak mengeluh, 
tp engkau wajib bersyukur dan bersabar. 
Kehidupan,jiwa dan dirimu bukan milikimu, 
engkau tiada mencipta dirimu maka engkau tiada berhak mutlak pada dirimu, 
engkau miliki sepenuh penciptamu YANG MAHA AGUNG,  
tiada engkau mampu mencipta segala yg engkau inginkan,
iradah Ar RAHMAN mengawalmu bagaikan kanak2 yg dlm pengawasan
,segala kemahuanya akan dikawal ibubapanya krn sang bayi tiada tahu untuk memilih,
 yg buruk disangka baik, yg baik disangka buruk. 
Kebutaan inilah yg perlu engkau bersifat redha, sabar dan syukur 
kerana berpegang pada satu keyakinan yg kukuh" bahwa PENCIPTA MU  tiada sekali2 menzalimi hambaNYA, 
segalanya penuh rahsia dan hikmah" 
beruntunglah mrk yg buta yg mengambil iman sebagai tongkatnya,
dia berjalan dgn mata iman sehingga tiada terjerumus dalam lubang kebinasaan,
nafsunya lemah terpadam.
 Dia menikmati syurga dunia sebelum mengecapi syurga akhirat. 
Alangkah beruntungnya..........