Friday, February 11, 2011

Permata Hati

anak-anak anugerah Ilahi..kehadiran mereka merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.penyeri hidup dan penghibur hati ibu bapa. gelagat mereka membuatkan kita ketawa walaupaun ada kalanya agak penat melayan keletah dan ragam yang bermacam =) apapun..mmg indah bergelar "ummi" dan "abah". selain dapat merasai nikmat mendidik dan mengasuh anak2, dapat juga merasai ketidak lenaan tidur d malam hari..hmm..mmg suatu pengalaman berharga, membuatkan kita insaf betapa besar pengorbanan ibu bapa kita mendidik kita suatu ketika ketika kita kecil dahulu. terima kasih ma n arwah abah atas pengorbanan kalian.hanya Allah mampu membalasnya,moga syurga firdaus ganjaran buat kalian..ameen.

Thursday, February 10, 2011

Makhluk Aneh ciptaan Allah

Masa al khair..

Maha hebat Allah Taala..menciptakan makhluk di muka bumi dengan bermacam rupa, berbagai jenis, berbilang fungsi dan mempunyai kehebatan dan kelemahan masing-masing.

Sekadar pengkongsian... sejenis makhluk yang tidak pernahku lihat sebelum ini,sangat kecil dan tidak kelihatan seperti makhluk hidup. kisah bermula setelah menjemput pulang anak-anak dari taska.Angah (ank ke2) kelihatan sedikit luka ditepi hujung kelopak mata kirinya. ku tanya2 kenapa? katanya angah terhantuk di taska tadi. hmm..lain kali hati-hati, pesanku.

Esoknya, balik dari kuliah jam 6.45 petang..ku lihat seperti ada bintik kecil di matanya.angah ku tarik ke riba,,mari sini ummi tengok mata angah..pujukku. mata angah sakit la ummi..takpe,meh ummi letak ubat sikit. tak lama selepas tu, angah tertidur.

pagi esok ke taska lagi sebagaimana biasa..dalam jam 3petang tiba2 cikgu yang ditugaskan menjaga dan mendidik angah memaklumkan angah seperti terkena sejenis "hama" yang katanya "kutu babi"...Allah...!! terkejut ku dengar. benda tersebut makin besar kata cikgunya memaklumkan padaku. kenapa aneh sangat nama makhluk tersebut? tak pernah pula ku dengar sepanjang usiaku..dan tak ku sangka pula itu sejenis makhluk hama dek kerana ia memang tak kelihatan seperti itu.

malamnya selepas solat maghrib, kami bergegas ke klinik utk memastikan apakah sebenar terjadi. memang mata angah nampak bengkak..sedikit darah nampak meleleh di tepi matanya. ummi dh mula panik ni...turn angah ke bilik dr pun tiba..

"sakit apa?" tanya dr. ish dr ni mmg mcm tu,kan? huhu. jadi Dr tp tnya patient apa penyakitnya.ish3..hehe. ku ceritakan kisahnya sedikit. kemudia sia mula ambil lampu suluh dan cuba membelek2 mata angah. "emm..kena buang nih..apa ye benda ni. takpe saya cuba tengok"katanya. angah terpaksa ku pangku kerana meronta2. dengan bantuan seorang lagi nurse..kami terpaksa menekan kepalanya supaya tidak bergerak.meraung2 dia kesakitan..

taajubnya benda tersebut diletakkan ke atas helaian tisu di atas meja Dr..."ini kutu ni...tengok,ada kaki. peliknya sepanjang saya jadi Dr ni pun saya tak pernah lihat dan handle kes macam ni..ni first time"kata dr berbangsa india yang sekitar usia 40an tu.

anehnya..makhluk tersebut mmg kuat melekat menghisap darah angah. tak kelihatan kepala atau kakinya dan jika dibelek sekalipun memang tak kelihatan makhluk hidup. peliknya juga..masa mandi, sabun, syampoo pun dia tak jatuh..walaupun di lap dengan tuala. x disangka langsung.

Maha Hebat Allah Taala..pengalaman baru buatku yang dah 8 tahun bergelar ummi, pertama kali melihat ada makhluk sebegitu rupa...menyeramkan jg rupanya. apapun terima kasih ya Allah atas apa yang berlaku..ada hikmah di sebaliknya =)