Thursday, December 23, 2010

wanita n aurat

Alangkah mulianya wanita dari kacamata Islam,wahai ukhti seagamaku.. Syariat pnutupan aurat jika dikaji, sangat indah. banyak hikmah terselindung disebaliknya. Setiap yg berharga itu perlu dijaga dan disimpan sebaiknya, begitu jg dengan aurat wnita.Mesti dijaga dan dipelihara sebaiknya. Renungi dan fahamilah..dek krn ianya begitu berharga, maka hanya orang tertentu dan istimewa sj yang layak melihatnya.

Aurat dari segi bahasa ialah kekurangan (Wahbah al-Zuhaili). Dari segi syarak aurat bererti setiap anggota yang diharamkan oleh Allah untuk didedah atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya (Rokiah Ahmad).


Manakala definisi aurat yang telah diberikan oleh ulama ialah bahagian anggota badan yang wajib ditutup secara ijmak ulama ketika bersolat, sama ada pada bahagian hadapan atau belakang, bagi lelaki atau perempuan (Sayyid Sabiq). Aurat juga difahami sebagai semua bahagian tubuh yang tidak boleh diperlihatkan (Yusuf al-Qardhawi). Selain it,aurat juga sesuatu yang tidak dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi, atau sebaliknya (Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin, 2004).


Dalam tatacara ilmu fiqh, perkataan aurat difahami mengikut penafsiran yang dibuat dari surah al-Nur, ayat 31 dan 58 yang bererti sebahagian anggota tubuh manusia yang pada pandangan umum dianggap buruk atau malu bila diperhatikan dan bila dibiarkan terbuka mungkin boleh menimbulkan fitnah seksual (K.H Hussein Muhammad).


Oleh yang demikian, apabila dikatakan menutup aurat bermaksud menutupi pandangan manusia, jin dan malaikat. Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia. Hal itu terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a. Beliau pernah meminta kepada Rasulullah s.a.w supaya memberitahunya apabila Malaikat Jibril datang menemui Baginda. Maka setelah Jibril hadir, Baginda s.a.w. memaklumkan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka kerudungnya kerana ingin tahu. Ketika kerudungnya terbuka, Rasulullah mengatakan: “Malaikat sudah pergi”. Maka tahulah Aisyah r.a bahawa yang datang itu adalah malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita yang terbuka auratnya (Muhammad Athiyah Khumais, 2006).

No comments:

Post a Comment