Saturday, December 18, 2010

Tiada apa milik kita

Seringkali insan terleka dengan nikmat kurniaan Yang Maha Esa.Segala harta kekayaan yang diperolehi dianggap semuanya milik mutlaknya,ada pula yang mula menunjukkan kehebatan masing-masing. kononnya semua harta yang dimiliki adalah semuanya dengan asbab usahanya yang bersungguh-sungguh tanpa ada kaitan dengan sesiapa, namun sebenarnya ia lupa bahawa kesemuanya hanya kerana dengan izin Allah SWT. Dek kerana itu, wujud sifat "keakuan"

dalam diri. semuanya aku..aku dan aku sahaja. hanya aku...penyebab wujudnya keangkuhan diri. na'uzubiLLah..Ada pula yang tak sudah-sudah bersaing menunjukkan kehebatan dan kelebihan harta yang ada..tak kurang juga yang renggang hubunganny dengan jiran tetangga. semuanya kerana merasakan tingginya taraf kekayaan, ilmu yang penuh di dada (kata mereka)walhal semuanya itu bukan menarik perhatian Allah...apa yang membezakan manusia hanyalah iman dan amal taqwa semata ya akhi..juga pesanan untuk diri sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah sebegini..kerana tidak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada sifat angkuh/sombong walaupun sekadar biji sawi saiznya.

Suamiku selalu berpesan,"tiada apa milik kita, semuanya milik Allah...". Memang benar..semua milik Allah hatta diri kita sendiri pun bukan milik kita, hanya pinjaman semata. kita hanya hamba yang terlalu banyak berhutang kepadaNYA. Jika direnung kembali semua kurniaanNYA..apa yang mampu kita balas? tiada apa..cuma mampu mengabdikan diri padaNya sebagai tanda kesyukuran yang tak terhingga. Tapi..sejauhmana pula pengabdian kita padanya??
Kesibukan urusan dunia tak pernah habis..hinggakan masa yang kita peruntukkan untuk bermunajat dan berkata-kata dengan Allah sangat terhad. Risaunya bila memikikan kealpaan diri..justeru, segalanya memerlukan strategi supaya masa bekerja juga kita tidak leka dari mengingatiNYA. Tersirat hikmah zikrullah di sebalik semua ini. Perkara yang paling mudah diucap tetapi sangat sukar untuk dilakukan,Allahu Akbar..mudah2an kita semua dipermudahkan dan diringankan lidah untuk sentiasa berzikir mengingatiNYA walau dalam apa jua keadaan..sihat mahupun sakit, lapang mahupun sibuk, sush mahupun senang.. supaya hati ini senang dididik dan dikurniakan hidayah olehNYA demi menggarap redhaNYA..Amiin

No comments:

Post a Comment