Thursday, November 7, 2013

Nikmatnya bergelar "UMMI"

Alhamdulillah..

Segala puji-pujian dan kesyukuran selayaknya hanya bagi ALLAH..

Kurniaan nikmat, hidayah, iman dan taqwa yang tidak terhingga, sehingga kita semua hari ini bergelar insan soleh, muslim yang mukmin..in shaa Allah.

Ingin ku kongsikan beberapa pengalaman dalam hidup bergelar seorang Ummi kepada 4 orang cahayamata yang ada...beserta 3org cahayamata yang bukan menjadi milikku, hanya menumpang sedetik cuma dalam rahim ini..

Indahnya bergelar Ummi..
saat diri membawa amanah nyawa kecil dalam rahim yang sempit dan gelap. Pengalaman mengandungkan cahayamata tercinta adalah saat-saat indah yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang hayat insan bergelar ummi. setiap gerak dirasai, dihitung dan didoakan utk kesejahteraannya..walau diri insan bergelar ummi penat, sakit serta melalui segala kepayahan dan kesukaran sepanjang 40minggu mengendongkan insan d dalam rahim yang kian membesar. Namun hati ummi penuh bunga-bunga cinta dan kasih utk insan kerdil didalam rahimnya..semuanya sifat kurniaan Allah Yang Maha Esa.

Detik demi detik dilalui dengan ketabahan..dijaga seluruh pemakanan, agar apa yang diambilnya memberi manfaat kepada insan kecil dalam tubuhnya. diatur langkahnya dengan penuh berhati-hati semata-mata utk keselamatan insan kerdil dalam rahimnya.. walau sukar melelapkan mata saban malam dek kerana tendangan manja si kecil, walau seluruh badannya sakit, walau perit menanggung derita kesakitan rahim yang kian meregang dan membesar..namun insan bergelar ummi tetap tabah.
Semuanya hanya dilalui oleh insan yang bergelar ummi....


Tiba saat insan kerdil melonjak2 mencari jalan menuju alam dunia..insan bergelar ummi menahan jutaan kesakitan yang amat sangat, sepenuh nyawanya dipertarungkan demi memastikan insan kerdil berupaya melihat alam dunia..beratus2 urat terputus, menanggung luka dan kesakitan melahirkan insan bergelar cahaya mata..justeru, ketahuilah duhai insan bergelar anak sekalian, tiada insan yang lebih kasih, lebih bimbang, lebih menyayangimu sebagaimana insan bergelar Ummi terhadapmu. Kasihi dan hormatilah dia selaras dengan perintah Rabb mu yang Maha Mulia.

Teringat daku tika melahirkan puteriku yg paling kecil tanggal 1syawal 1434hijrah bersamaan 8.8.13 jam 3.21pm. Bayi seberat 3.4kg itu selamat dilahirnya sedang ummi tidak sempat menjamu selera dgn juadah eidulfitr...namun berbekalkan tamar ajwah dan air zam-zam dari bumi mulia Makkah al-Mukarramah..ummi alasi perut mengharap tenaga kurniaan Ilahi..alhamdulillah kelahiranmu agak mudah,kerana ummi yakin..tiada yang mampu membantu ummi berjuang melahirkanmu melainkan hanya Dia..dengan yakin akan janjinya bahawa ummi sentiasa dalam lindungan dan perhatianNya,,maka lahirkan puteri comel dgn selamat dan sempurna melihat dunia yang penuh pancaroba dan mehnah ini..




Doa ummi agar anak2 cahaya mata serta permata hati ummi sentiasa dalam rahmat kasih sayang Ilahi sebagaimana kalian di alam rahim suatu ketika dahulu..aamiin



No comments:

Post a Comment