Wednesday, January 18, 2012

Ada benarnya..

Adakala manusia terleka, seringkali manusia terlupa, kerap kali manusia terlalai
semuanya kerana nikmat dunia yang sementara dan tak seberapa..

Adakala manusia merasakan diri mereka hebat, seringkali manusia merasa gah dengan apa yang dimiliki, dan kerapkali juga manusia terlupa bahawa semua itu tidak lain adalah kurniaan milik yang ESA..

Adakala manusia terasa baik, seringkali manusia merasakan telah banyak berbuat kebajikan dan kerapkali manusia alpa bahawa disebalik kebaikan yang dilaksanakan terselit titis-titis riak yang mengiringi..

Adakala manusia merasa bijak, seringkali manusia merasa bangga dengan ilmunya menggunung namun kerapkali juga manusia terlupa bahawa itulah ujian terbesar yang perlu dilalui untuk mencapai redhaNya..

teringatku pada pesan suamiku yang selalu diulang-ulang..."manusia berilmu juga ada yang tertipu..berapa ramai yang berpendidikan phD tertipu dengan ilmu yang dimiliki...bangga dengan ilmu, merasakan hebatnya diri hingga lupa kepada pemilik segala ilmu. Merasakan semuanya...kerana "aku"..."aku"..dan "aku"... dimana letaknya Allah? Allahu akbar...sangat besar dugaan itu..dugaan dengan nikmat. Terfikir juga..bertuah juga manusia yang diuji dengan musibah yang dengan musibah itu..makin mendekatkan manusia kepada Tuhannya. Bertuah juga manusia yang diuji dengan kesakitan..kerana dengan kesakitan itu..lebih mengingatkan manusia akan kematian dan memberi ruang buatnya mempergiat amal kebaikan...
Allah...syahdunya membayangkan semua itu..
Kerapkali ku pohon moga ditunjukkan jalan yang lurus dalam kehidupan dunia dan akhiratku..moga diselamatkan aqidah dan keimanan kami..moga anak-anak dan seluruh zuriat keturunanku senantiasa dalam bimbingan dan petunjukMu...moga diredhai dan diberi hidayah dalam setiap gerak diamku..moga dijauhkan aku dari segala penyakit-penyakit hati... dan moga dikurniakan yang terbaik buatku tatkala mengadapMu nanti. Amiin ya Rabb
Semuanya kerana aku yakin bahawa Allah mendengar segala rintihan hati..

No comments:

Post a Comment