Thursday, August 30, 2012

Godaan Jalan KeTuhanan

Wahai diriku,
Setelah dirimu mempunyai ilmu, dirimu telah benar-benar bertaubat, kini dirimu berdiri dipintu rahmatNya dengan penuh kefakiran, tiada lagi memalingkan dirimu ke belakang. Namun kamu akan menempuh dalam perjalananmu itu dengan tipudaya atau dugaan. Ramai yang tersungkur kerana godaannya, ia tidak mudah melepaskan dirimu dari ikatannya. Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin membahagikan godaan ini kepada empat bahagian dan tiada dikatakan seorang yang benar dalam perhambaannya melainkan jika mereka bebas dari hal-hal ini :


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhic1QrMdq6c4QTdkiKGlUDapqTO8cev0q2nX8M7ocITcZLDt0uCTJ4TpbENtT_J96kipuvEzm7YYtZANPLGRlXMnVh5QgAcfHEOYrITzuVdkw8F6zRNfRa1BbZlzBJPmXZTfnbxxvoqN21/s320/world.jpg1. Dunia

Godaan dunia adalah amat indah, ia menyebabkan pencintanya seolah diulit mimpi (hidup) kekal abadi. Mereka lupa hakikat diri mereka, mereka lupa tanggungjawab mereka, mereka lupa ia hanyalah tempat sementara. Kehidupan dunia bagaikan permainan sebagaimana yang difirmankan Allah SWT :

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, dan perhiasan...”
(Al-Hadid : 20)

Dunia ini hanyalah satu permainan cahaya semata-mata.

Mencintai dunia adalah bagaikan racun yang akan merebakkan penyakit-penyakit yang lain. Dari cinta dunia akan lahirnya penyakit hati yang buruk seperti takbur, riak, dengki, khianat, dendam, takutkan mati, panjang angan-angan, tidak redha dengan takdir Allah, tidak tenang dan keras hatinya untuk beribadah pada Allah swt. Bukan senang untuk menghilangkan kasih dunia kerana dunia telah menghiasi dirinya dengan penuh keindahan sehingga dicintai dan sukar bagi mereka yang terperangkap pada jeratnya untuk melepaskan diri.

Mereka tidak mahu menuju akhirat, mereka amat takut dengan (usia) tua dan kematian. Kematian memisahkan mereka dengan kekasih mereka sedangkan mereka mengetahui bahawa apa yang dicintainya adalah sementara dan palsu, namun hati mereka telah terpukau oleh sihir dunia. Hati mereka tidak terliur lagi pada alam akhirat yang lebih indah dan kekal yang dijanjikan Allah swt.

Mencintai dunia menjadikan mereka buta hati, hilang kecerdikan, hilang pedoman dan yang paling bahaya hilang keimanan yang menyebabkan mereka tidak sedar dalam kemurkaan Allah swt setiap nafas mereka di dunia. Hilanglah keberkatan hidup mereka, cahaya hati dan wajah terpadam, mereka sudah terkena bahan kepanasan api neraka menyebabkan hidup mereka tidak tenteram dan gelisah.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxtQRAMHPfmgTJkfxO1EAvEEtgUbCzygn5a5sh1Qf6C_KO3stN-gGtSp_MGzh-UXj48M20Hb_dYsAg-W3jkTKdYQ-qJsW03XsE1IJPp5EaAM6AluR1jmo6-GIsW7KLeGRWfHK1H15nllIs/s320/human.jpg2. Makhluk

Makhluk ialah mereka yang memalingkan dirimu dengan Allah baik dari segi perkataan atau perbuatan. Godaan mereka amat kuat kerana pergaulan dengan mereka akan menjadikan dirimu lemah dalam menuju Allah. Mereka menasihatimu supaya berpada dengan akhirat, banyak berfikir tentang masalah dunia, membicarakan kesukaan nafsu dan cara hidup mereka yang jauh dari hakikat Islam. Kalau di zaman Imam Al-Ghazali sudah dianjurkan "uzlah" (menyendiri) apalagi di zaman ini yang mana perkara mungkar dianggap maaruf dan perkara maaruf dianggap mungkar. Bergaul dengan ahli dunia mematikan hati. Inilah yang dipesan Nabi Isa a.s. supaya menjauhi orang yang ‘mati’ iaitu ahli dunia.

Mereka menumpukan seluruh pemikiran, hati dan tenaga untuk dunia. Mereka mencintai kemasyhuran, mencari pujian, takbur dan riak dengan kekayaan atau pangkat, bergaul dikalangan orang-orang kaya, memandang rendah orang miskin, tidak peduli halal haram untuk mencapai cita-cita, bercakap lucah, mengumpat, mengeji, menfitnah dan dusta. Mereka juga mencintai hiburan melampau, memuja artis dan menjauhi ahli agama. Mereka hidup bagaikan menongkat langit, perbicaraan mereka hanya berkisar harta, pangkat , wanita, lelaki, anak-anak, kenderaan, perhiasan dan amat lemah pada akhirat. Mereka hidup penuh dengan kegelisahan, hati yang gundah dan sentiasa dihantui pelbagai masalah. Bersahabat dengan mereka bagaikan membakar hati yang baru berjinak menuju pada Allah. Godaan makhluk ini adalah terdiri daripada orang yang hampir namun jika kamu mempunyai kekuatan, bergaul dengan mereka untuk menyedarkan mereka terhadap akhirat adalah amat afdhal .


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiFbnFhO0IYnaZx6OrPqi-GXpYdyqwAVcrWWH_U77vhHe1KTsTydaveDn0_OT6SjKUT8qjEdHjSYEDZ-fPC4rjNUPLm9Sqxrsec3vqp7PSXGwJtbjZDfg7s2cq1m42r1jC4kzpnPTkqCvZ/s320/syaitan.jpg3. Syaitan

Syaitan adalah musuh yang ghaib dan musuhnya yang besar ialah manusia yang mahu menuju Allah SWT. Ramai orang yang tidak menyedari mereka diserang oleh syaitan sehingga menimbulkan pelbagai kesulitan dan huru hara dalam hidupnya. Mereka yang tenang adalah musuhnya, ketenangan menyebabkan manusia itu dapat berfikir secara rasional dan dapat menumpukan hati pada Allah. Ia akan menggoncangkan ketenangan dengan pelbagai cara, ia mendatangkan kebencian dikalangan ahli keluarga, membisikkan prasangka yang buruk antara mukmin, menyuburkan nafsu ammarah seperti dengki, dendam dan fitnah. Menanamkan sifat jemu dan malas dalam ibadah atau pekerjaan. Amat bahaya jika manusia itu tidak berwaspada dari musuh yang ghaib ini dengan banyak memohon keselamatan dari Allah SWT.

Wajib memerangi dan mengalahkan syaitan. Hal itu disebabkan dua perkara :

Pertamanya, kerana syaitan itu musuh yang nyata-nyata menyesatkan, tidak boleh diharapkan adanya kebaikan dari syaitan dan tidak boleh diharapkan perdamaian, bahkan kepuasan mereka itu ialah membinasakanmu.

Oleh itu tidak ada alasan untuk merasa aman dari musuh yang seperti itu dan tidak bijak untuk dilupakan. Perhatikan dua isyarat firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Yasin : 60)

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.” (Al-Faatir : 6)

Kedua, sebab engkau harus memusuhi syaitan itu ialah kerana syaitan sudah menjadi tabiatnya dilahirkan untuk memusuhi kamu, dan mereka selalu siap untuk memerangi kamu, siang-malam terus menerus melemparimu dengan senjata-senjatanya, sedangkan engkau tidak sedar dan lalai daripadanya, maka apalah jadinya nanti.

Benar sekali apa yang yang dikatakan oleh Sayyidina Yahya bin Muad’dz Arrozy :
“Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNvOK_-RgT0mP9UajP5xWuL84Vtq3LtstG9fwOhcCoTX8-kVtyq5hJzb_s6QTKPWfbj9atRP0FrPQTuCT6IHMoP9yiyieRdopauhOlDd7niF_oKKu1lJTOdr8a4rM9UzVuT8vTXqBR9kgb/s320/darah+dlm+tubuh.jpg4.Nafsu

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling rapat dengan kita kerana ia digunakan untuk makan,minum,tidur,bekerja,bersosial dan sebagainya. Tanpa nafsu kita seperti tunggul kayu yang tiada apa-apa perasaan. Di manakah kejahatan nafsu? Dia jahat bila bilamana ia memuaskan nafsu secara berlebih-lebihan sehingga badan untuk beribadat akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Hidup kita seperti binatang jika hanya nafsu menjadi matlamat kehidupan. Siang dan malam kita bekerja dan berkorban hanyalah untuk mengenyangkan dan mengemukkan nafsu. Kerja seperti ini akan menyebabkan diri kita malas untuk beribadat seperti solat, berzikir, tahajud, berjihad atau berdakwah. Syariat Allah diwajibkan ke atas kita adalah untuk mengengkang nafsu daripada bersifat seperti binatang yang tidak mengetahui halal dan haram. Siapa yang mengisytiharkan perang ke atas nafsunya maka tunggulah penderitaan dan ujiannya...kurang makan, kurang tidur, kurang bercakap, kurang bersyahwat adalah kesukaan nafsu?

Ya Allah, Ya Rahman, peliharalah diriku daripada bahaya 4 godaan ini....agar diriku mudah untuk salik kepada -Mu..amin

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar




Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa, jangan kita lupa bahawa terdapat satu malam yang sedang menanti kita. Malam itu adalah malam lailatul qadar yang mana ia adalah lebih baik dari 1000 bulan. Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar  Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

http://melayukini.net/wp-content/uploads/2012/08/lailatul-qadar.png

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
1) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
2) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
3) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
4) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
5) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Duhai saudaraku- Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada  Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi  1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Teringat ketika waktu sekolah dahulu, sentiasa tertungu-tunggu bilakah malam lailatul qadar tiba

Friday, July 27, 2012

salju hati ibu..

Ya Allah ya Rahman Ya Rahim..
Kurniakan akan daku zuriat yang soleh solehah penyejuk mata pendamai hati pembuka jalanku ke syurga.. Kurniakan akan daku cahaya mata yang taat menuruti perintahMu, Lembut bicaranya, mulia akhlaknya, indah bahasanya, tinggi ilmunya, kuat amalnya, cerdas akalnya yang termasuk dalam kalangan ahli Firdausi yang dikau redhai..ya Allah

Sesungguhnya tiada upaya, tiada daya, tiada kekuatan dariku melainkan segalanya atas kudrat dan kehendakMu ya Rabbi.. Kurniakan akan daku ketabahan, kesabaran, keazaman dan kelembutan dalam mendidik anak-anakku ya Allah..

Ketahuilah wahai insan yang bergelar anak..
Marah ibumu bukan bererti membenci, segala tutur kata yang diucapkan ibu hanya untuk kebaikanmu dunia jua akhirat sana.. 

Duhai anak...
Usah dibiarkan ibumu menitiskan air mata kesedihannya kerana menangani karenahmu...muliakan akan dia, berlembutlah dengannya, turuti nasihatnya kerana Allah,, akan berbahagia dan bertambah keberkatan hidupmu dengan doanya..

Duhai anak..
Ingatlah bahawa perintah memuliakan ibumu itu suruhan Allah.. yang wajib dikau laksanakan. Besarnya pengorbanan ibumu bersusah payah mengandungkanmu... bertarung nyawa melahirkanmu.. bersengkang mata menjagamu tika sakitmu, berdukacita tatkala dikau berduka.. sesungguhnya duka di hati ibumu lebih jauh dari apa yang dipaparkan di raut wajahnya..lantaran kasih sayangnya yang tiada penghujungnya..kesan dari kurniaan sifat pengasih dari Rabb yang Maha Agung..

Wahai anak..
Muliakan dirimu disisi TuhanMu dengan menuruti perintah Allah...Suruhan NabiMu Muhammad..Hargailah anugerah seorang wanita bergelar ibu dalam hidupmu..Adanya insan bergelar ibu membawa kepada kelahiranmu ke dunia fana' ini..
Adanya insan bergelar ibu membolehkan dirimu bergelar anak..
Adanya wanita itu melayakkan dirimu memanggilnya dengan gelaran ibu, ummi, mama, mami..

Duhai anak..
Janganlah mengingkari tutur kata suruhan ibumu..
Rendahkan suaramu ketika bertutur dengannya..
Anugerah pahala ganjaran buatmu..

Duhai anak..
tatkala ibumu sudah tua,,
jagalah makan minumnya, susah senangnya, sakit penatnya,
sebagaimana susahnya ibumu menjagamu suatu ketika dulu..
ketahuilah duhai anak yang dikasihi..
syahdu hati ibu apabila dikurniakan zuriat penyejuk mata dunia akhirat...
Duhai anak..
Usah lupakan kiriman doamu pada ibumu ...
tika hidupnya hingga akhir hayatnya...
Hargailah ia..muliakan sahabatnya..
kirimkan doamu buat insan yang bergelar ibu..
Ingatlah duhai anak... marah ibumu tanda sayangnya yang tinggi buatmu...
Doakan kesejahteraan ibumu di alam kekal abadi...
Sesungguhnya..
hanya anak yang soleh yang membangga dan membahagiakan ibu di akhirat sana..
 

Wednesday, July 25, 2012

Anugerah dari Langit



Subhanallah..alhamdulillah masih dipanjangkan usia olehNya. Mudah2an usia kurniaannya ini adalah usia yang berkat. Ramadhan yang ditunggu2 saban tahun menjengah lagi.. syukur masih dikurniakan usia untuk terus menikmati hari-hari di bulan barakah Ramadhan al-Mubarak bulan diturunkan anugerah yang Maha besar dari Allah.. kitab suci al-Quranul karim.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 185 yang bermaksud; “ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….” .

Mukjizat agung kurniaan Rabb buat kekasihNya Muhammad s.a.w. ini tiada syak dan waham. Ini dijelaskan dalam  Firman Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 1-2 “ Alif Lam Mim Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan baginya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa". 

Kebenaran dan kesucian Al Quran diperkuatkan lagi melalui penegasan dengan FirmanNya dalam surah al- Baqarah ayat 23 yang bermaksud: “ Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cuba buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam Al Quran) serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah ( yang kamu percaya boleh menolong kamu) jika kamu orang yang benar". Dan telah disebut dalam sirah bahawa sesungguhnya orang-orang kafir gagal mencipta walaupun 1 ayat sahaja yang sehebat dan seindah bahasa al-Quran. Maha suci Allah...yang memiliki kekuasaan atas segalaNya.. 
Benarlah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya sebagai rahmat bagi sekalian alam; Benarlah Islam sebagai agama Hanif yang diperakui dan diredhaiNya sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 19 “ Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah hanyalah Ad-Dinul Islam”

Justeru. Al Quran bukan sahaja perlu didampingi, dibaca, difahami, dihayati, dikaji, dianalisa dan diterokai  akan khazanah ilmunya yang mencakupi segenap lapangan kehidupan insan tetapi ianya diturunkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian Muslim...

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk beramal dengan apa yang termaktub dalam firmanNya yang Maha Suci....Aamiin..






Tuesday, July 24, 2012

Mengatasi Bisikan Iblis Laknatullah

Sekilas membelek-belek kitab-kitab di maktabah kecilku.. tiba2 mata tertarik untuk membaca dan berkongsi hasil nukilan seorang ulama' tasawwuf yang disegani.. dijelaskan 10 jawapan dalam mengatasi bisikan iblis sebagaimana berikut;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata: " Anakmu mati," katakan kepadanya: "sesungguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan kematian anakku akan (membawa) masuk syurga. Dan hal itu membuatkanku bahagia".

2. Jika ia datang kepadamu dan berkata : " Hartamu musnah," katakan kepadanya: " Segala puji bagi Allah, Zat yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajipan zakat."

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata: "Orang-orang  menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi sesiapapun". Maka katakan padanya : " Seksaan akan menimpa orang-orang yang zalim dan tidak akan menimpa orang-orang Muhsinin (yang berbuat baik).

4. Jika ia datang kepadamu dan berkata : Betapa banyak kebaikanmu,"(tujuannya untuk menimbulkan ujub dalam hatimu). Katakan padanya: " keburukanku jauh lebih banyak dari kebaikan yang ku lakukan".

5. Jika ia datang kepadamu dan berkata; " Alangkah banyaknya solatmu". Maka katakan kepadanya: " Kelalaianku lebih banyak dari solat yang ku dirikan".

6. Dan jika ia datang dan berkata: " Betapa banyaknya sedekahmu". Maka katakan kepadanya: " apa yang ku terima dari Allah jauh lebih banyak dari apa yang aku sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu: " Betapa banyak orang yang menzalimimu". katakan padanya: " Orang yang ku zalimi lebih banyak".

8. Jika ia berkata: " Betapa banyak amalmu". katakanlah padanya: " Betapa aku sering melakukan maksiat".

9. Jika ia datang kepadamu dan berkata: " Minumlah minuman keras!" katakan padanya: " aku tidak akan melakukan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan bertanya: " Mengapa kamu tidak mencintai dunia?" maka jawablah padanya: " Aku tidak mencintainya kerana sesungguhnya telah banyak manusia yang tertipu dengannya".


Sesungguhnya makhluk laknatullah ini tidak akan berputus asa untuk menggoda dan menghasut manusia melakukan maksiat kepada Allah..sebagaimana yang telah dijanjikan dihadapan Allah... Untuk renungan.. hayati dan fahami maksud di sebalik video ini sebagai iktibar dan pedoman untuk kita melayari bahtera hidup yang penuh mehnah dan tribulasi ini... Semoga bermanfaat...

Wednesday, June 27, 2012

Suci zahir dan batin

Subhanallah..Maha Suci Engkau Wahai Rabb yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya Engaku yang kami sembah dan Hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami Jalan yang Lurus, Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat dan bukan pula jalan mereka yang sesat....

Kesucian dan kebersihan itu sebahagian dari Iman. Apabila seseorang mukmin mengamalkan kebersihan dalam kehidupannya maka sempurnalah sebahagian dari imannya. Malangnya, manusia hari ini lebih memntingkan kebersihan luaran berbanding kebersiahn dan kesucian rohani yang tidak dapat dipandang manusia lain sedangkan ianya merupakan tempat jatuhnya pandangan Allah. Serimgkali kita diperlihatkan dengan keindahan rumah yang gah ibarat istana serta dihiasi perhiasan yang mewah dan mendamaikan. Semuanya kerana ingin menunjukkan kemewahan hidup, untuk dipamerkan kepada tetamu yang hadir, untuk mendapatkan pujian dan "kagumnya" manusia...semuanya dilaksanakan atas pertimbangan untuk pandangan manusia. Namun sedarkah kita akan pandangan Allah pada kita? bagaimana penilaianNya terhadap kita? Adakah Allah memandang segala kemewahan dan kehebatan diri seorang manusia yang diciptakannya tidak lebih dari hanya seorang hambaAllah dan khalifah di muka bumi. Apa yang menjadi persoalan hari ini adalah manusia lebih mementingkan kebersihan luaran namun mengabaikan kebersihan dan kesucian batin dan rohani yang dinilai Allah. Luaran memang bersih namun sejauhmana kebersihan dan kesucian hati? mungkin banyak persoalan yang akan timbul tika membicarakan soal kesucian rohani manusia.


Lihat saja pada pensyariatan wudhuk sebelum melaksanakan kefardhuan solat..Apabila ditanya kepada segelintir orang, kenapa pentingnya berwudhuk sebelum solat? berbagai jawapan yang diberikan..paling mudah menhawab dengan katanya, " hmm..kenalah wudhuk sebelum solat nanti solat tak sah". itu sahaja kah? kalau beginilah jawapannya, maka levelnya sama lah jawapan di level kanak2 sekolah rendah. Keran itu, perlunya menuntut ilmu walaupun dah grad degree, masters, phD dan setinggi mana pendidikan sekalipun. bukan tujuan untuk menjawab persoalan orang lain tetapi yang lebih utama adalah menjawab persoalan dalam diri sendiri yang tujuan utamanya untuk mengukuhkan akidah.

Asdiqa' yang dimuliakan...
Mengapa kita diwajibkan berwudhuk sebelum melaksanakan solat? walaupun sebelumnya sudah mandi menggunakan sabun terbaik yang dapat menghilangkan 99.9% kuman dan bakteria? walaupun muka sudah dicuci dan diskrub dengan skrub terbaik didunia sekalipun..mengapa masih perlu wudhuk? menunjukkan ada falsafah dan rahsia yang tersirat di sebalik pensyariatan wudhuk. Sebagai contoh, perbuatan membasuh muka ketika wudhuk bukan sahaja rukun tetapi hakikatnya ketika itu seorang mukmin sedang menyucikan segala dosa yang telah dilakukan oleh anggota pancaindera pada mukanya. hakikatnya tujuan utama adalah menyucikan rohani manusia dari dosa2 yang dilakukan. (tidak termasuk dosa besar). Pentingnya wudhuk bukan untuk dilihat mata manusia tetapi hanya untuk dilihat Allah dengan mempersiapkan diri dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa ketika menghadap kiblat memanjatkan kesyukuran dan perhambaan kepadaNya. Justeru, utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan Manusia, nescaya berbahagialah kehidupan dunia dan akhirat insyaAllah.

Semoga kita semua diteguhkan iman, ditetapkan aqidah dan dimatikan dalam husnul khatimah serta dihimpunkan di syurga suatu hari nanti..aamiin ya Rabbal 'aalamiin..










Thursday, June 21, 2012

HALANGAN DALAM MENGENAL AL-KHALIQ


Ada beberapa perkara yang menghalang seseorang mengenal Allah, antaranya :

1. Bersandar kepada panca Indra (2:55, 4:153).
(2:55) Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang [50], kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya [51]".
[50] Maksudnya: melihat Allah dengan mata kepala.
[51] Kerana permintaan yang semacam ini menunjukkan keingkaran dan ketakaburan mereka, sebab itu mereka disambar halilintar sebagai azab dari Tuhan.


(4:153) Ahli Kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata : "Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata". Maka mereka disambar petir karena kezalimannya, dan mereka menyembah anak sapi [374], sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami maafkan (mereka) dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata.

[374] Anak sapi itu dibuat mereka dari emas untuk disembah.
Mereka tidak beriman kepada Allah dengan dalil tidak melihat Allah, padahal banyak hal yang tidak boleh mereka lihat tetapi mereka meyakini akan keberadaannya seperti; gaya graviti bumi, arus listrik, akal fikiran, dan sebagainya.


2. Kesombongan (7:146).
(7:146) Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku) [569], mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus memenempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya.

[569] Yang dimaksud dengan ayat-ayat di sini ialah: ayat-ayat Taurat, tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.
Kesombongan menghalangi mereka untuk mengenal Allah, walaupun telah diperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Allah tetapi mereka tetap mengingkari sehingga datang azab Allah.


3. Lengah (21:1-3).

(21:1) Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).


(21:2) Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur'an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,


(21:3) (lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahasiakan pembicaraan mereka: "Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu [952], padahal kamu menyaksikannya?"


[952] Yang mereka maksud dengan sihir di sini ialah ayat-ayat Al Qur'an.

 

4. Bodoh (2:118).

(2:118) Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata: "Mengapa Allah tidak (langsung) berbicara dengan kami atau datang tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada kami?" Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin.

 

5. Ragu-ragu (6:109 - 110).

(6:109) Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahawa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mu'jizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: "Sesungguhnya mu'jizat-mu'jizat itu hanya berada di sisi Allah". Dan apakah yang memberitahukan kepadamu bahawa apabila mu'jizat datang mereka tidak akan beriman [497].


[497] Maksudnya: orang-orang musyrikin bersumpah bahawa kalau datang mu'jizat, mereka akan beriman, karena itu orang-orang muslimin berharap kepada Nabi agar Allah menurunkan mu'jizat yang dimaksud. Allah menolak pengharapan kaum mu'minin dengan ayat ini.


(6:110) Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat.

 

6. Taqlid (5:104, 43:23).

(5:104) Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ?.


(43:23) Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka".


Mudah-mudahan kita semua menyedari dan berusaha menghindari sifat-sifat yang dapat menghalang kita mengenal Allah, aamiin.