Wednesday, June 27, 2012

Suci zahir dan batin

Subhanallah..Maha Suci Engkau Wahai Rabb yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya Engaku yang kami sembah dan Hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami Jalan yang Lurus, Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat dan bukan pula jalan mereka yang sesat....

Kesucian dan kebersihan itu sebahagian dari Iman. Apabila seseorang mukmin mengamalkan kebersihan dalam kehidupannya maka sempurnalah sebahagian dari imannya. Malangnya, manusia hari ini lebih memntingkan kebersihan luaran berbanding kebersiahn dan kesucian rohani yang tidak dapat dipandang manusia lain sedangkan ianya merupakan tempat jatuhnya pandangan Allah. Serimgkali kita diperlihatkan dengan keindahan rumah yang gah ibarat istana serta dihiasi perhiasan yang mewah dan mendamaikan. Semuanya kerana ingin menunjukkan kemewahan hidup, untuk dipamerkan kepada tetamu yang hadir, untuk mendapatkan pujian dan "kagumnya" manusia...semuanya dilaksanakan atas pertimbangan untuk pandangan manusia. Namun sedarkah kita akan pandangan Allah pada kita? bagaimana penilaianNya terhadap kita? Adakah Allah memandang segala kemewahan dan kehebatan diri seorang manusia yang diciptakannya tidak lebih dari hanya seorang hambaAllah dan khalifah di muka bumi. Apa yang menjadi persoalan hari ini adalah manusia lebih mementingkan kebersihan luaran namun mengabaikan kebersihan dan kesucian batin dan rohani yang dinilai Allah. Luaran memang bersih namun sejauhmana kebersihan dan kesucian hati? mungkin banyak persoalan yang akan timbul tika membicarakan soal kesucian rohani manusia.


Lihat saja pada pensyariatan wudhuk sebelum melaksanakan kefardhuan solat..Apabila ditanya kepada segelintir orang, kenapa pentingnya berwudhuk sebelum solat? berbagai jawapan yang diberikan..paling mudah menhawab dengan katanya, " hmm..kenalah wudhuk sebelum solat nanti solat tak sah". itu sahaja kah? kalau beginilah jawapannya, maka levelnya sama lah jawapan di level kanak2 sekolah rendah. Keran itu, perlunya menuntut ilmu walaupun dah grad degree, masters, phD dan setinggi mana pendidikan sekalipun. bukan tujuan untuk menjawab persoalan orang lain tetapi yang lebih utama adalah menjawab persoalan dalam diri sendiri yang tujuan utamanya untuk mengukuhkan akidah.

Asdiqa' yang dimuliakan...
Mengapa kita diwajibkan berwudhuk sebelum melaksanakan solat? walaupun sebelumnya sudah mandi menggunakan sabun terbaik yang dapat menghilangkan 99.9% kuman dan bakteria? walaupun muka sudah dicuci dan diskrub dengan skrub terbaik didunia sekalipun..mengapa masih perlu wudhuk? menunjukkan ada falsafah dan rahsia yang tersirat di sebalik pensyariatan wudhuk. Sebagai contoh, perbuatan membasuh muka ketika wudhuk bukan sahaja rukun tetapi hakikatnya ketika itu seorang mukmin sedang menyucikan segala dosa yang telah dilakukan oleh anggota pancaindera pada mukanya. hakikatnya tujuan utama adalah menyucikan rohani manusia dari dosa2 yang dilakukan. (tidak termasuk dosa besar). Pentingnya wudhuk bukan untuk dilihat mata manusia tetapi hanya untuk dilihat Allah dengan mempersiapkan diri dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa ketika menghadap kiblat memanjatkan kesyukuran dan perhambaan kepadaNya. Justeru, utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan Manusia, nescaya berbahagialah kehidupan dunia dan akhirat insyaAllah.

Semoga kita semua diteguhkan iman, ditetapkan aqidah dan dimatikan dalam husnul khatimah serta dihimpunkan di syurga suatu hari nanti..aamiin ya Rabbal 'aalamiin..










No comments:

Post a Comment