Wednesday, July 25, 2012

Anugerah dari Langit



Subhanallah..alhamdulillah masih dipanjangkan usia olehNya. Mudah2an usia kurniaannya ini adalah usia yang berkat. Ramadhan yang ditunggu2 saban tahun menjengah lagi.. syukur masih dikurniakan usia untuk terus menikmati hari-hari di bulan barakah Ramadhan al-Mubarak bulan diturunkan anugerah yang Maha besar dari Allah.. kitab suci al-Quranul karim.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 185 yang bermaksud; “ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….” .

Mukjizat agung kurniaan Rabb buat kekasihNya Muhammad s.a.w. ini tiada syak dan waham. Ini dijelaskan dalam  Firman Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 1-2 “ Alif Lam Mim Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan baginya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa". 

Kebenaran dan kesucian Al Quran diperkuatkan lagi melalui penegasan dengan FirmanNya dalam surah al- Baqarah ayat 23 yang bermaksud: “ Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cuba buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam Al Quran) serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah ( yang kamu percaya boleh menolong kamu) jika kamu orang yang benar". Dan telah disebut dalam sirah bahawa sesungguhnya orang-orang kafir gagal mencipta walaupun 1 ayat sahaja yang sehebat dan seindah bahasa al-Quran. Maha suci Allah...yang memiliki kekuasaan atas segalaNya.. 
Benarlah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya sebagai rahmat bagi sekalian alam; Benarlah Islam sebagai agama Hanif yang diperakui dan diredhaiNya sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 19 “ Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah hanyalah Ad-Dinul Islam

Justeru. Al Quran bukan sahaja perlu didampingi, dibaca, difahami, dihayati, dikaji, dianalisa dan diterokai  akan khazanah ilmunya yang mencakupi segenap lapangan kehidupan insan tetapi ianya diturunkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian Muslim...

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk beramal dengan apa yang termaktub dalam firmanNya yang Maha Suci....Aamiin..






No comments:

Post a Comment