Iman dan amal soleh adalah dua perkara yang seiring, membicarakan berkenaan amal soleh bukan sahaja terarah kepada perbuatan semata-mata, namun boleh juga berlaku dalam pelbagai bentuk yang lain umpamanya melalui perkataan spt berzikir, berwirid dsbnya.
Malangnya masyarakat Islam hari ini seringkali dimomok kan dengan isu bid'ah dengan pelbagai fahaman yang mengelirukan. Amalan seperti wirid, doa secara berjemaah, bacaan al-quran (yaasiin) berkumpulan dikaitkan dengan perbuatan bid'ah, lebih menyedihkan amalan tersebut dikaitkan sebagai bid'ah dhalalah... Kemelut dari sudut kefahaman ini memerlukan penjelasan agar persoalan bid'ah ini mendapat pencerahan sewajarnya.
Justeru, beberapa dalil dihimpunkan sebagai penjelasan kepada pengertian amal soleh itu sendiri..
Yang bermaksud:
73. dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, Yang memimpin (manusia ke jalan Yang benar) Dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami.
Yang bermaksud;
90.
maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan
Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya.
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana)
Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan
sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka
pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.
Yang bermaksdud:
32.
kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih
dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di
antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang
mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian
itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).
Dari dalil2 di atas menunjukkan sebarang bentuk amal soleh digalakkan kepada seluruh manusia sebagai usaha mengumpul pahala untuk bekalan akhirat nanti, selagi mana amalan yang dilaksanakan itu tidak bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Imam al-Syafi'e berkata: "Bid'ah itu terbahagi kepada dua jenis iaitu bid'ah yang baik dan bid'ah yang keji. Maka, apa yang selari dengan sunnah itu adalah baik dan apa yang bercanggah dengan sunnah maka ia adalah keji." Beliau berpandukan hujjah dari kata-kata Umar al-khattab mengenai solat di bulan Ramadhan iaitu: "sebaik-baik bid'ah adalah yang ini".
Ahli sunnah wal jamaah mendefinisikan bid'ah sebagai;
1. Mengamalkan sesuatu perkara dengan tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau
2. Tidak mengikut contoh-contoh terdahulu, atau
3. Tidak mengikut prinsip2 yang diyakininya.
Hadis yang seringkali digunakan oleh golongan yang menolak semua perkara baru khasnya, golongan Wahabi adalah hadis riwayat Abu Daud (4607) yang bermaksud: "Setiap perkara baru yang diada-adakan itu adlah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat itu berada di dalam neraka"
Para ulama' ada juga yang menggunakan ungkapan lain dalam membahagikan bid'ah, iaitu:
1. Bid'ah Huda
2. Bid'ah Dhalalah (sesat)
Bid'ah yang bercanggah dgn perintah Allah SWT dan RasulNya atau ijma' maka ia berada dalam kategori bid'ah dholalah dan ianya ditolak. Manakala bid'ah yang termasuk dalam erti kata umum firman Allah, galakan serta digesa oleh Rasulullah SAW, ia termasuk dalam kategori bid'ah huda@mahmudah@dipuji.
Bid'ah yang tidak ada contoh sebelumnya tetapi perbuatannya baik, seperti pemurah, berzikir selepas solat dan melakukan perkara yang ma'ruf termasuk dalam kategori perbuatan yang terpuji. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut mestilah tidak boleh bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh syara'. Kerana Baginda SAW telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang baik itu ada pahalanya, dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud;
" Barang siapa yang mempelopori sunnah (amalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala orang yang mengamalkannya".
"Barang siapa yang mempelopori ikutan yang buruk,maka dia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya"
Wallahu 'alam..
Kredit kepada; Sahibussamahah Dato' Hj Mohd Tahrir Bin Dato' Hj Samsudin (Makalah bertajuk; Bid'ah satu penjelasan,oleh Mufti Negeri Johor DT)
No comments:
Post a Comment