Saturday, May 12, 2012

RESEPI SIHAT CARA RASULULLAH

" Mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah"....(H.R Muslim)

Berikut resepi hidup sihat sebagaimana amalan Rasulullah SAW;

1. Amalkan bangun tidur sebelum Subuh
Antara hikmahnya menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan, terapi pelbagai penyakit (udara dingin subuh yang baik utk kesihatan).

2. Sentiasa menjaga kebersihan
Baginda SAW sentiasa berkeadaan bersih, kemas dan berwudhuk.

3. Jaga makan
Baginda SAW tidak pernah banyak makan. Dinyatakan dalam sebuah hadis muttafaq 'alaih bhw Rasulullah SAW bersabda:" Kami adalah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan tidak makan sehingga kekenyangan".

Tubuh manusia memerlukan 3 ruang bagi peruntukan yang berbeza, 1/3 utk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk makanan. justeru peruntukkan kuantiti yang sesuai utk makanan agar kesihatan sentiasa terjaga bagi memudahkan kelangsungan kita menunaikan ibadah kepadaNYA.

4. Gemar berjalan kaki
Baginda gemar berjalan kaki ke masjid, menziarahi sahabat dsbnya. Berjalan memudahkan kelancaran perjalanan darah, memudahkan pengaliran peluh dan membakar kalori. kesannya mampu mencegah penyakit jantung

5. Tidak Pemarah
Hakikat kesihatan muslim bukan hanya pada jasadiah tetapi juga merangkumi aspek rohaniah dan emosi yang dapat memberi kesihatan jiwa.kaedah terapi mengawal marah;
- mengubah posisi (dari berdiri kepada duduk, dari duduk kepada baring)
- membaca ta'awwuz (kerana marah itu dari syaitan)
- segera berwudhuk
- menunaikan solat 2 rakaat untuk memperoleh ketenangan dan menghilangkan kegelisahan hati)

6. Bersikap optimis dan tidak berputus asa
sikap sebegini memberi impak positif terhadap psikologi seseorang yang mampu memberikan kelapangan jiwa, sabar, istiqamah, berusaha keras serta tawakkal yg tinggi kepada Allah

7. Tidak pernah iri hati
kesihatan jiwa dan ketenangan hati dapat dicapai andai perkara ini diamalkan. Penyakit2 hati seperti hasad, dengki, iri hati ini hanya akan menyebabkan keresahan dalam diri yang mengganggu emosi dan jiwa manusia.

Justeru, sama2 kita praktikkan..mudah2an kita semua bukan sahaja sihat jasmani tetapi juga sihat spiritual dan emosi.

No comments:

Post a Comment