Wednesday, May 16, 2012

Puasa dan Pengambilan Ubat

Berikut beberapa prosedur dalam perubatan yang perlu kita tahu..
 
Rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa

1. menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)

2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi rawatan sakit dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung.

3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi (dengan syarat tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut)

4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.

5. penderma atau pemindahan darah

6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pd permukaan kulit

7. Pengambilan sampel darah ujian makmal

8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah utnuk tujuan pemeriksaan seperti angiogram untuk pesakit jantung.

9. Pemeriksaan laparoscop iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit

10. Berkumur-kumur secara gergle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan

11. menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan dari hati atau organ lain untuk tujuan analisa makmal

12. penggunaan ubat spray hidung tanpa disedut

13. rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis

14. menjalani rawatan bius setempat atau separuh dengan semburan atau suntikan setempat

15. penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan rongga yang dalam.

Rawatan perubatan yang membatalkan puasa

1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan asma dan paru2 kronik

2. memasukkan tiub kecil@ ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian, pemeriksaan dalaman vaginal atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk memeriksa dalaman vagina wanita

3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (cth; memasukkan urinary catheter untuk rawatan sumbatan salur kencing)

4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.

5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perit ( gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.

6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.


sumber;Majlis Agama Islam Negeri Johor (2011)


No comments:

Post a Comment