Alhamdulillah..
Segala puji-pujian dan kesyukuran selayaknya hanya bagi ALLAH..
Kurniaan nikmat, hidayah, iman dan taqwa yang tidak terhingga, sehingga kita semua hari ini bergelar insan soleh, muslim yang mukmin..in shaa Allah.
Ingin ku kongsikan beberapa pengalaman dalam hidup bergelar seorang Ummi kepada 4 orang cahayamata yang ada...beserta 3org cahayamata yang bukan menjadi milikku, hanya menumpang sedetik cuma dalam rahim ini..
Indahnya bergelar Ummi..
saat diri membawa amanah nyawa kecil dalam rahim yang sempit dan gelap. Pengalaman mengandungkan cahayamata tercinta adalah saat-saat indah yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang hayat insan bergelar ummi. setiap gerak dirasai, dihitung dan didoakan utk kesejahteraannya..walau diri insan bergelar ummi penat, sakit serta melalui segala kepayahan dan kesukaran sepanjang 40minggu mengendongkan insan d dalam rahim yang kian membesar. Namun hati ummi penuh bunga-bunga cinta dan kasih utk insan kerdil didalam rahimnya..semuanya sifat kurniaan Allah Yang Maha Esa.
Detik demi detik dilalui dengan ketabahan..dijaga seluruh pemakanan, agar apa yang diambilnya memberi manfaat kepada insan kecil dalam tubuhnya. diatur langkahnya dengan penuh berhati-hati semata-mata utk keselamatan insan kerdil dalam rahimnya.. walau sukar melelapkan mata saban malam dek kerana tendangan manja si kecil, walau seluruh badannya sakit, walau perit menanggung derita kesakitan rahim yang kian meregang dan membesar..namun insan bergelar ummi tetap tabah.
Semuanya hanya dilalui oleh insan yang bergelar ummi....
Tiba saat insan kerdil melonjak2 mencari jalan menuju alam dunia..insan bergelar ummi menahan jutaan kesakitan yang amat sangat, sepenuh nyawanya dipertarungkan demi memastikan insan kerdil berupaya melihat alam dunia..beratus2 urat terputus, menanggung luka dan kesakitan melahirkan insan bergelar cahaya mata..justeru, ketahuilah duhai insan bergelar anak sekalian, tiada insan yang lebih kasih, lebih bimbang, lebih menyayangimu sebagaimana insan bergelar Ummi terhadapmu. Kasihi dan hormatilah dia selaras dengan perintah Rabb mu yang Maha Mulia.
Teringat daku tika melahirkan puteriku yg paling kecil tanggal 1syawal 1434hijrah bersamaan 8.8.13 jam 3.21pm. Bayi seberat 3.4kg itu selamat dilahirnya sedang ummi tidak sempat menjamu selera dgn juadah eidulfitr...namun berbekalkan tamar ajwah dan air zam-zam dari bumi mulia Makkah al-Mukarramah..ummi alasi perut mengharap tenaga kurniaan Ilahi..alhamdulillah kelahiranmu agak mudah,kerana ummi yakin..tiada yang mampu membantu ummi berjuang melahirkanmu melainkan hanya Dia..dengan yakin akan janjinya bahawa ummi sentiasa dalam lindungan dan perhatianNya,,maka lahirkan puteri comel dgn selamat dan sempurna melihat dunia yang penuh pancaroba dan mehnah ini..
Doa ummi agar anak2 cahaya mata serta permata hati ummi sentiasa dalam rahmat kasih sayang Ilahi sebagaimana kalian di alam rahim suatu ketika dahulu..aamiin
tatkala mengharung kehidupan, gelombang dan badai datang melanda menduga kesabaran, ketabahan dan keimanan..namun apa yang didambakan hanya kasih sayang dan bimbingan dari yang Maha Esa demi menuju gerbang kecintaan nan Agung..
Thursday, November 7, 2013
Mengintai ke alam kasih sayang Rabbul Jalil
![]() |
| 3D ULTRASOUND |
Maha Suci Allah yang menciptakan hamba2nya dari setitis air mani yang hina yang dipancarkan ke dalam rahim wanita bergelar ibu, dijaga dibentuk dan dilindungi dengan penuh Rahman dan RahimNya..dari segumpal darah hingga terciptanya suatu makhluk yang dimuliakan dgn kurniaan akal bergelar Insan. Tiada yang lebih Agung melainkan Dia..sesungguhnya Dialah sebaik2 pencipta.
Selama 9bulan 10hari dalam rahim ibu, insan kerdil ini hidup dgn segala qudrat dan IradatNya. Tiada keluh kesah, tiada kebimbangan, tiada kerunsingan..kerana semuaNya dalam urusan dan tadbiran yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Setiap denyut jantung berdetak dengan QudratNya,,segala hela nafas dalam penguasaanNya, segala gerak balas jua dengan keizinan tidak lain tidak bukan dengan izin yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Indahnya alam penuh Rahman dan Rahim
Dijaga dibela pada zahirnya seperti dalam jagaan ibu, namun hakikatnya semuanya dalam penguasaan Allah..sedang ibu sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaan janin dalam kandungannya. Namun usah bimbang,,kerana ADA yang menjaganya..
Indahnya alam Rahim..
suatu alam yang sememangnya telah kita semua lalui tanpa dapat mengulangi detik indah bergelar janin yang penuh dengan lindungan Allah 'azza wa jalla..
Terima kasih Allah atas anugerah ini..
Indahnya bertauhid
Knowledge
Sharing
Nafi
dan isbat
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu
Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya
Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu
Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu
Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu
Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu
Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah…
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu
Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya
Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu
Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu
Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu
Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu
Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah…
Wednesday, September 18, 2013
korban di kemboja 2013
assalamualaikum wbt
kepada sahabat2 bloggers dan muslimin muslimat yang berminat utk melaksanakan ibadah korban di kemboja bersama HARUM, boleh download borang di atas dan contact individu yang diamanahkan utk urusan korban di Kemboja..nama dan no telefon ustaz-ustaz yang terlibat ada disertakan dihujung kanan borang di atas.
semoga ibadah korban yang tuan/puan laksanakan diterima Allah disamping membantu saudara seAgama kita di bumi Kemboja..
Friday, July 26, 2013
SAHAM AKHIRAT
Sempena Ramadhan dan syawal
sukacitanya saya menyeru semua muslimin muslimat, mukminin dan mukminat utk bersama-sama kita menyumbang derma kepada pembinaan madrasah syeikhul ariffin di Melaka ini.
Sesungguhnya, saya tiada kepentingan dalam madrasah tersebut..hanya sekadar berkongsi dan menyebarluaskan usaha dakwah yang dicerna oleh masyaikh2 yang terlibat.
Semoga dgn sumbangan kita walaupun sedikit, dapat menyumbang kepada terbina pusat pembelajaran islam juga semoga ianya dinilai sebagai saham akhirat terbaik buat kita semua.
ayuh, sama2 kita menyumbang kepada pembinaan madrasah ini. andai ini ramadhan terakhir kita, sekurang2nya sdh ada sedikit bekal utk kita bawa ke alam baqa'.
wallahu 'alam.
detailnya saudara-saudari boleh view pamplet yang saya sertakan ini utk sumbangan. Jazakallah khairal jaza'
sukacitanya saya menyeru semua muslimin muslimat, mukminin dan mukminat utk bersama-sama kita menyumbang derma kepada pembinaan madrasah syeikhul ariffin di Melaka ini.
Sesungguhnya, saya tiada kepentingan dalam madrasah tersebut..hanya sekadar berkongsi dan menyebarluaskan usaha dakwah yang dicerna oleh masyaikh2 yang terlibat.
Semoga dgn sumbangan kita walaupun sedikit, dapat menyumbang kepada terbina pusat pembelajaran islam juga semoga ianya dinilai sebagai saham akhirat terbaik buat kita semua.
ayuh, sama2 kita menyumbang kepada pembinaan madrasah ini. andai ini ramadhan terakhir kita, sekurang2nya sdh ada sedikit bekal utk kita bawa ke alam baqa'.
wallahu 'alam.
detailnya saudara-saudari boleh view pamplet yang saya sertakan ini utk sumbangan. Jazakallah khairal jaza'
sila klik image untuk pembesaran pamplet
sumbangan boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk cek kepada;
cek atas nama
Persatuan Kebajikan Keluarga Syeikh Ismail (PAKSI)
atau boleh bank in sumbangan anda, terus ke akaun
MAYBANK PAKSI
No.akaun;
5041 2412 3269
Info lanjut;
MADRASAH SYEIKHUL ARIFFIN
Lot 1622, Simpang Bekoh,
Chabau, 77300 Jasin, Melaka.
Tel; 013-353 9639@ 013-300 7425
email: madrasah.syeikhulariffien@gmail.com
Tuesday, May 28, 2013
Larangan buruk sangka
Buruk sangka (su'u dzan) adalah salah
satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk/tercela). Manakala
mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan
buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah
tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga
terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan
si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan
menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu
mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.
Allah Ta’ala berfirman.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا
“Hai orang-orang yang
beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian
tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)
Dalam ayat ini terkandung
perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian
tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini
juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari
kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya
merupakan kesan dari prasangka yang buruk.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
إِيَّا
كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا
وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا
وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian
dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah
sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang
lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan
saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )
Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah
engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang
mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu
membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”
Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.
Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata :
“Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian
tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa.
Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”. (Tahdzib At-Tahdzib)
Disebutkan bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata :
“Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai,
maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak
mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri,
“Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan
perbuatan tersebut”. [kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) ]
Sufyan bin Husain berkata, “Aku
pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah.
Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut
memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi,
“Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga
menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind,
Hind dan Turki selamat dari kburuknmu sementara saudaramu yang muslim
tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah
mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121))
Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata:
Orang yang berakal wajib
mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus
dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya
orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan
keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa
gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka
dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada
saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan
keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya
akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya
meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]
Beliau juga berkata,:
“Tajassus adalah cabang dari
kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang
dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada
saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang
yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak
segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]
والله أعلمُ بالـصـواب
credit to; http://addienblog.blogspot.com/2012/03/larangan-buruk-sangka-dan-mencari-cari.html
Tuesday, March 19, 2013
KEM PUTRA PUTRI MUKMIN ( CUTI SEKOLAH- 23-25MAC2013)
Subscribe to:
Posts (Atom)














